KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah menguasai sebanyak 82 peratus pegangan saham dalam FGV Holdings Bhd. setakat ini, sekali gus membolehkan pihaknya menyelesaikan banyak permasalahan dengan lebih cekap. Pengarah Besar Felda, Datuk Amiruddin Abdul Satar berkata, pihaknya sedang berusaha untuk menswastakan FGV namun usaha itu memerlukan masa. Ujarnya, penguasaan saham lebih besar itu membolehkan agensi tersebut menguruskan ladang perjanjian pajakan tanah (LLA) FGV, kilang sawit, serta isu-isu melibatkan…










