SEREMBAN: Pengendali jenama restoran makanan segera A&W Malaysia Sdn. Bhd. (A&W) menyasarkan pembukaan lebih 150 cawangan di seluruh negara menjelang 2025 dengan peruntukan sebanyak RM75 juta. Ketua Pegawai Eksekutif A&W, George Ang berkata, tahun ini sahaja syarikat merancang untuk menambah 25 cawangan baharu terutama di Sabah dan Sarawak. “Kami sudah mempunyai 70 cawangan A&W di Semenanjung Malaysia dan salah satu pelan pengembangan syarikat adalah untuk membuka cawangan baharu di Sabah…










