PETALING JAYA: Syarikat tersenarai di Pasaran ACE, Straits Energy Resources Berhad (Straits), mengukuhkan kemasukannya ke dalam landskap 5G dengan pelantikan pakar telekomunikasi, Sunny Ho Khin Choy untuk menerajui anak syarikat tidak langsungnya, Straits CommNet Solutions Sdn. Bhd. Menurut Straits, Sunny Ho yang telah mengetuai pelbagai bahagian penting dalam Digital Nasional Berhad, Axiata Edotco, Nokia Malaysia dan Ascom, akan menerajui usaha Straits ke dalam ruang digital dipacu 5G dan transformasi internet…










