PETALING JAYA: Agrobank mengumumkan pelantikan Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin sebagai Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif (P/CEO) berkuat kuasa 3 Januari 2022. Menurut Agrobank dalam kenyataan, berbekalkan 29 tahun pengalaman dalam bidang perbankan dan kewangan, Tengku Ahmad Badli Shah merupakan seorang berkaliber dan berpengalaman serta mempunyai sejarah prestasi yang terbukti membanggakan dalam industri. Katanya, sebelum berkhidmat di Agrobank, beliau telah memegang pelbagai jawatan pengurusan kanan di beberapa institusi kewangan di Malaysia…










