PN17: AirAsia ada kelebihan - Utusan Malaysia

PN17: AirAsia ada kelebihan

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: AirAsia Group Berhad mempunyai kelebihan dari segi kepelbagaian pendapatan walaupun diklasifikasikan sebagai syarikat Nota Amalan 17 (PN17) oleh Bursa Malaysia baru-baru ini.

Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, syarikat penerbangan tambang murah itu telah berjaya mempelbagaikan sumber pendapatan melalui aplikasi supernya.

Dalam masa sama juga, kata beliau, jumlah penumpang kapal terbangnya kembali meningkat apabila banyak sektor ekonomi kembali dibuka dan kawalan pergerakan dilonggarkan.

“Apa yang penting sekarang ialah memastikan AirAsia mematuhi segala keperluan PN17 terutamanya melaksanakan pelan pemulihan dalam masa terdekat ini.

“Ini bagi mengelakkan AirAsia dinyahsenaraikan dari Bursa Malaysia,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Baru-baru ini, Maybank Investment Bank Berhad (Maybank IB) dalam nota kajiannya berkata, asas AirAsia semakin kukuh melihat kepada unit operasi Kumpulan AirAsia Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina berjaya menerbangkan antara 25 hingga 50 peratus pesawatnya ketika sektor penerbangan global bergelut dengan kesan sekatan pergerakan akibat pandemik Covid-19.

Firma penyelidikan itu juga percaya, kemas kini penggunaan pesawat Kumpulan AirAsia boleh dihormati.

“Lebih penting lagi, asasnya semakin baik. Semua analisis kami tidak berguna jika unjuran Kumpulan AirAsia tidak meningkat, namun kami percaya ia akan meningkat,” katanya.

Menurut Maybank IB, ketika ini, unit operasi Kumpulan AirAsia Malaysia menerbangkan 33 peratus pesawatnya, Indonesia dan Filipina kira-kira 25 hingga 33 peratus manakala AirAsia Thailand 50 peratus.

Malah, katanya, operasi penerbangan AirAsia yang sebelum ini menyumbangkan 80 peratus daripada pendapatannya turut disokong statistik yang dikeluarkan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN