Mustakim dilantik Pengarah Eksekutif Kewangan Kumpulan TH - Utusan Malaysia

Mustakim dilantik Pengarah Eksekutif Kewangan Kumpulan TH

haji
GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) melantik Mustakim Mohamad sebagai Pengarah Eksekutif Kewangan Kumpulan baharu berkuat kuasa 16 Disember 2021.

Mustakim telah memangku jawatan Ketua Pegawai Kewangan susulan peletakan jawatan Datuk Merina Abu Tahir.

Sebelum itu, beliau merupakan Pengarah Eksekutif Operasi dan pernah memegang jawatan Timbalan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan TH pada Ogos 2018 sehingga April 2020.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, pelantikan Mustakim mengambil kira pengalaman beliau yang telah berkhidmat lebih 18 tahun di TH, meliputi bidang pengurusan kewangan, pelaburan dan operasi.

“Pihak Pengurusan yakin kepakaran beliau dapat mengukuhkan lagi pentadbiran kewangan sekali gus membantu Kumpulan TH menghadapi persekitaran ekonomi yang sangat mencabar berikutan kesan wabak Covid-19,” katanya dalam kenyataan.

TH turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Merina yang sebelum ini menyandang jawatan Ketua Pegawai Kewangan sejak 5 Februari 2020 atas komitmen dan sumbangan yang diberikan kepada TH.

Menurut TH, Mustakim merupakan lulusan Sarjana Kewangan dari Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT), Australia dan juga seorang akauntan bertauliah yang diiktiraf Association of Chartered Certified Accountants (ACCA).

“Beliau mempunyai lebih 22 tahun pengalaman bekerja khususnya dalam bidang pengurusan kewangan dan auditan di institusi korporat multinasional,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN