KUALA LUMPUR: ManagePay Systems Berhad (MPay) melalui anak syarikat milik penuhnya, ManagePay Services Sdn. Bhd. (MPSB) dianugerahkan projek menyediakan sistem pembayaran digital oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) baru-baru ini. Ahli Lembaga Pengarah MPay dalam pengumumannya melalui Bursa Malaysia berkata, projek Smart MBPP tersebut telah dianugerahkan kepada MPSB melalui surat tawaran pada 13 Januari lalu. MBPP merupakan satu daripada 19 majlis atau dewan bandaraya dengan keseluruhan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)…










