MBSB Bank tawar bantuan bayaran balik mangsa banjir - Utusan Malaysia

MBSB Bank tawar bantuan bayaran balik mangsa banjir

NOR AZAM M. TAIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MBSB Bank Berhad menawarkan menawarkan bantuan bayaran balik kepada pelanggannya yang terjejas akibat banjir.

Bantuan tersebut membolehkan pelanggan menjadualkan semula atau membiayai semula pembiayaan peribadi serta rumah mereka, selepas terpaksa berhadapan kerosakan harta benda yang teruk akibat bencana itu.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MBSB Bank, Datuk Nor Azam M. Taib berkata, pihaknya memahami sesetengah pelanggan mungkin terjejas dari segi kewangan selepas banjir dan ingin membantu meringankan beban kewangan mereka.

“Pelanggan yang terjejas boleh memohon untuk penangguhan pembayaran balik pembiayaan, pengurangan ansuran bulanan atau lanjutan tempoh pembayaran balik,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Sejajar dengan itu, Nor Azam memaklumkan, bank juga akan terus memberikan pengecualian yuran RM1 kepada semua pelanggannya
untuk pengeluaran mesin juruwang automatik (ATM) antara bank di bank tempatan sehingga 31 Disember 2022.

“Kami ingin memberi jaminan kepada pelanggan bahawa mereka boleh terus membuat pengeluaran tunai di ATM bank tempatan seberapa kerap yang diperlukan tanpa perlu risau tentang bayaran.

“Ini sememangnya memberi manfaat kepada mereka yang sangat bergantung kepada urus niaga tunai,” jelasnya.

Pelanggan yang memerlukan bantuan bayaran balik dinasihatkan untuk menghantar e-mel kepada MBSB Bank di [email protected]. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN