KWAP lantik Hazman Hilmi Ketua Pegawai Pelaburan baharu - Utusan Malaysia

KWAP lantik Hazman Hilmi Ketua Pegawai Pelaburan baharu

HAZMAN HILMI SALLAHUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] mengumumkan pelantikan Hazman Hilmi Sallahuddin sebagai Ketua Pegawai Pelaburan (CIO) baharu berkuat kuasa 3 Januari 2022.

Menurut KWAP, Hazman sebelum ini merupakan Pengarah Urusan Damansara Assets Sdn. Bhd., anak syarikat hartanah milik penuh Johor Corporation (JCorp) dan Ketua Pegawai Eksekutif AMAL oleh Malaysia Airlines, anak syarikat milik penuh Malaysia Aviation Group (MAG).

“Sebelum itu, Hazman bersama Khazanah Nasional Berhad di mana beliau berkhidmat dalam pelbagai peranan di seluruh organisasi selama 12 tahun, termasuk sebagai Naib Presiden Kanan Khazanah Europe Investment Limited
berpangkalan di London dan Naib Presiden Pejabat Wilayah Khazanah Turki di Istanbul.

“Hazman mempunyai pengalaman dalam pelbagai sektor ekuiti persendirian dan pelaburan modal teroka dengan tumpuan pada strategi, pelaksanaan pelaburan, rundingan perjanjian, dan perancangan penciptaan nilai,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, Hazman memperolehi MEng (Kelas Pertama) dalam Kejuruteraan, Ekonomi dan Pengurusan dari Kolej Balliol, Universiti Oxford, United Kingdom (UK) dan MSc dalam Operasi Penyelidikan daripada London School of Economics & Sains Politik, UK. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN