PETALING JAYA: Ar-Rahnu YaPEIM melancarkan Kempen Pasti Menang dengan tawaran hadiah berupa 1.5 kilogram bar emas.
Selain itu, Ar-Rahnu YaPEIM turut melancarkan Kempen Memacu Kejayaan Bersama Usahawan (MKBU) dengan hadiah ditawarkan berupa 11 Geran Pemasaran Digital bernilai RM5,000 setiap satu.
Menurut Ar-Rahnu YaPEIM, tempoh bagi kedua-dua kempen bermula 1 Januari hingga Disember 2022.
Jelasnya, kaedah penyertaan Kempen Pasti Menang adalah gadaian dengan Nilai Marhun RM5,000 dan ke atas; melakukan enam kali transaksi gadaian dan tempoh gadaian selama dua bulan setiap transaksi.
Kaedah penyertaan Kempen MKBU pula adalah, terbuka kepada pelanggan yang menggadai menggunakan Produk Ar-Rahnu YaPEIM Bisnes dan Ar-Rahnu YaPEIM Biznita serta gadaiagan ilai Marhun RM3,000 dan ke atas.
“Kempen ini merupakan penghargaan kepada para pelanggan Ar-Rahnu YaPEIM bagi memberi galakan kepada masyarakat untuk bermuamalah berteraskan konsep patuh syariah,” katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, Ar-Rahnu YaPEIM telah melaksanakan Cabutan Sesetiaan untuk 2021 dengan kempen berjalan sepanjang tahun lalu.
Jelasnya, kempen itu mencatatkan jumlah transaksi penyertaan melebihi 400,000 dengan Nilai Marhun melebihi RM1.7 bilion.
“Pihak pengurusan YaPEIM mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pelanggan Ar Rahnu YaPEIM yang berjaya dalam Cabutan Kesetiaan yang telah dijalankan hari ini. Semua pemenang akan dihubungi dalam masa terdekat oleh pihak Ar Rahnu YaPEIM. Terima kasih semua pelanggan di atas sokongan memilih Ar Rahnu YaPEIM selama ini,” katanya. – UTUSAN










