foodpanda berwajah baharu - Utusan Malaysia

foodpanda berwajah baharu

PAU PAU, wajah baharu foodpanda yang lebih segar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bagi meraikan ulang tahun ke-10 sebagai perintis platform penghantaran makanan dan barangan runcit di Asia, foodpanda memperkenalkan wajah segar untuk jenamanya – Pau-Pau!

Menurut syarikat itu, Panda yang sukakan keseronokan dan sentiasa bersemangat, Pau-Pau ialah duta jenama pertama seumpamanya, memperjuangkan pemerkasaan dan kelestarian di seluruh rantau ini.

Jelasnya, identiti Pau-Pau sebagai duta jenama foodpanda akan dihidupkan sepenuhnya, daripada mempunyai bahasa dan ceritanya yang tersendiri, kepada nilai penuh seperti menjaga alam sekitar, pemerkasaan dan kepercayaan dalam menjalani kehidupan mengikut gayanya tersendiri.

“Dengan Pau-Pau, foodpanda telah mencipta personaliti yang mudah didekati oleh berjuta-juta pengguna di seluruh Asia,” jelas syarikat itu dalam kenyataan.

Panda berwarna merah jambu ini, yang telah membuat penampilan pertamanya di Jepun, Taiwan dan Kemboja pada Disember 2021 yang lalu, telah pun dilancarkan di Singapura, Malaysia, Thailand, Hong Kong dan Laos sebelum meliputi ke seluruh rangkaian foodpanda.

Fasa seterusnya, Pau-Pau akan diperkenalkan di Filipina, Myanmar, Pakistan dan Bangladesh, tambahnya.

Pengarah Pemasaran foodpanda Malaysia, Bernard Chong berkata, dengan Pau-Pau, syarikat mahu mencipta personaliti yang mudah didekati oleh rakyat Malaysia untuk membentuk hubungan emosi.

“Lebih-lebih lagi apabila foodpanda sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian kita, kami melihat Pau-Pau berpeluang menjadi inspirasi kepada orang ramai dalam menjalani kehidupan sepenuhnya dengan cara
yang tersendiri.

“Dengan permulaan dekad baharu bagi foodpanda di Asia, kami teruja untuk para pelanggan kami berjumpa dengan panda yang menyeronokkan dan penuh kasih sayang ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN