Bursa Malaysia bermula lemah 2022 - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia bermula lemah 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia menamatkan sesi dagangan pada hari pertama Tahun Baharu 2022 dengan prestasi kurang memberangsangkan apabila ditutup lebih rendah berbanding penutup 2021, kelmarin.

Selepas menokok 23.92 mata pada sesi terakhir 2021, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun sebanyak 18.48 peratus kepada 1,549.05 mata daripada 1,567.53 pada Jumaat.

Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, prestasi Bursa Malaysia masih bercampur-campur disebabkan oleh beberapa faktor.

Antara faktor itu ialah kesan jangkitan varian Omicron terhadap pembukaan ekonomi global dan keyakinan pelabur yang masih bersikap berhati-hati berhadap perkembangan pasaran.

Beliau berkata, gangguan rantaian bekalan global serta tiada faktor berita baik ketika ini turut memberi kesan negatif kepada prestasi Bursa Malaysia.

“Pada tahun ini, saya melihat beberapa elemen akan mempengaruhi pasaran iaitu keupayaan kerajaan menangani varian Omicron, pilihan raya umum yang berkemungkinan akan berlaku pada tahun ini dan keputusan kerajaan sama ada mahu atau tidak meratifikasi Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP),” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, mengulas prestasi mata wang negara, Ahmed Razman berkata, ringgit semakin mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan peningkatan berterusan nilai eksport setiap bulan sejak kebelakangan ini.

“Ini menandakan permintaan berterusan untuk barangan dan perkhidmatan dari Malaysia,” katanya.

Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat iaitu pada kadar 4.1705/4.1725 daripada 4.1740/4.1725 pada Jumaat.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 485 berbanding 436, manakala 363 kaunter tidak berubah dan 990 kaunter lagi tidak diniagakan . – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN