Qoala sedia tawaran hebat jualan akhir tahun 12.12 - Utusan Malaysia

Qoala sedia tawaran hebat jualan akhir tahun 12.12

ORANG ramai boleh mengakses laman web Qoala untuk mendapatkan diskaun istimewa sempena jualan akhir tahun 12.12.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Qoala Malaysia (Qoala) mengumumkan penyertaannya dalam jualan hebat akhir tahun 12.12 dengan menawarkan diskaun 12 peratus bagi insurans kereta kepada pelanggan mereka.

Dengan Qoala, pelanggan dijamin menerima harga terendah, sebut harga serta-merta, dan keupayaan untuk membandingkan produk bagi insurans kenderaan, jelas syarikat itu.

Menurut Qoala, rakan-rakan kerjasama dan penanggung insurans di platform Qoala seperti AXA Insurance, TuneProtect, Trapo, dan Pomen juga turut menawarkan potongan sepanjang tempoh diskaun, dengan mengadakan promosi di platform masing-masing

“Dari 1 hingga 14 Disember ini, pengguna Qoala akan diberikan diskaun 12 peratus bagi insurans kereta dengan kod promo “QOALA1212” yang boleh digunakan di laman web www.qoala.app/my.

“Kod ini sah sepanjang tempoh promosi untuk semua pengendali insurans yang tersenarai di aplikasi Qoala.app. Kod promosi yang sama juga boleh digunakan dengan rakan kerjasama Qoala, Trapo, yang akan menawarkan promosi tambahan pada jualan akhir tahun 12.12 kali ini, dengan diskaun 10 peratus di seluruh gedungnya,” katanya dalam kenyataan.

Pengurus Negara Qoala Malaysia, Calvin Teng berkata, pihaknya amat teruja untuk membawakan kemeriahan jualan hebat 12.12 kepada pembeli insurans kenderaan buat julung kalinya.

“Inisiatif ini juga merupakan tanda penghargaan kepada semua pengguna Qoala di Malaysia dan merupakan cara kami menunjukkan nilai dan kesenangan yang boleh dinikmati rakyat Malaysia apabila membeli insurans dalam talian,” katanya.

Tambah Calvin, Qoala menyediakan produk insurans yang mudah dan boleh dipercayai menerusi aplikasi webnya.

“Pelanggan tidak perlu bimbang tentang sebarang tuntutan kerana kami bersedia untuk membantu mereka melalui proses tuntutan dengan rakan-rakan insurans kami,” tambah beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×