Petronas sumbang RM25 juta untuk misi bantuan banjir - Utusan Malaysia

Petronas sumbang RM25 juta untuk misi bantuan banjir

Petronas dalam kenyataan berkata, dana berkenaan diperuntukkan oleh unit dan anak syarikat Kumpulan Petronas termasuk Yayasan Petronas. -GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Petroliam Nasional Berhad (Petronas) menyalurkan sumbangan sebanyak RM25 juta bagi membantu mangsa bencana banjir yang melanda beberapa kawasan di negara ini.

Petronas dalam kenyataan berkata, dana berkenaan diperuntukkan oleh unit dan anak syarikat Kumpulan Petronas termasuk Yayasan Petronas, di mana akan meningkatkan jumlah sumbangan bersama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) lain, yang merupakan sebahagian daripada Rangkaian Tindak Balas Bencana GLC (GDRN).

“Kelab Sukan dan Rekreasi Petronas (KSRP), Persatuan Isteri-Isteri dan Kakitangan Wanita Petronas (Petronita) dan Badan Kebajikan Islam Petronas juga telah memulakan kutipan sumbangan untuk disalurkan kepada mangsa melalui Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM).

“Seperti tahun sebelumnya, Petronas Dagangan Bhd. (PDB) akan menyediakan perkhidmatan trak mengisi minyak bergerak, ROVR bagi membantu mangsa banjir untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan atau kepada operasi menyelamat di mana stesen minyak ditutup atau tidak boleh diakses,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan, Petronas turut menghulurkan bantuan kepada kakitangannya yang terjejas, termasuk menyediakan tempat tinggal sementara, elaun makanan, cuti khas, bantuan kewangan dan makanan serta barang keperluan lain. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya