PETALING JAYA: Petronas (E&P) Overseas Venture Sdn. Bhd. memeterai Perjanjian Penjualan Saham dan Pembelian (SPA) dengan Savannah Energy Chad Limited bagi menjual keseluruhan pegangannya dalam Petronas Carigali Chad Exploration & Production Inc. (PCCEPI). PCCEPI merupakan anak syarikat Petronas E&P di Republik Chad. Menurut Petronas, SPA tersebut melibatkan pemindahan saham dan kepentingan PCCEPI dalam Petronas Carigali Chad (EP) Inc., DOBA Pipeline Investment Inc. dan Petronas Chad Marketing Inc. kepada Savannah Energy.…










