Perolehan Komarkcorp meningkat 119.91 peratus - Utusan Malaysia

Perolehan Komarkcorp meningkat 119.91 peratus

Malaysia adalah pasaran terbesar kepada hasil keseluruhan Komarkcorp.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Komarkcorp Berhad (Komarkcorp) merekodkan perolehan sebanyak RM18.16 juta pada suku kedua tahun kewangan 2022 (TK22) berakhir 31 Oktober 2021, peningkatan sebanyak 119.91 peratus daripada RM8.26 juta tempoh sama tahun lalu.

Keuntungan sebelum cukai syarikat (PBT) sebanyak RM99,000 dan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM0.11 juta, berbanding kerugian sebelum cukai (LBT) dan kerugian selepas cukai (LAT) masing-masing sebanyak RM2.37 juta dan RM2.53 juta, tempoh sama tahun sebelumnya.

“Syarikat telah kembali kepada keuntungan buat kali pertama sejak tahun kewangan 2017 (TK2017) dan peningkatan kewangan positif disumbangkan terutamanya oleh hasil yang lebih tinggi dijana daripada kedua-dua bahagian label dan pembungkusan serta bahagian baharu, topeng,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Komarkcorp, untuk tempoh enam bulan berakhir 31 Oktober 2021, Komarkcorp melaporkan hasil terkumpul sebanyak RM31.57 juta, peningkatan sebanyak 86.37 peratus daripada RM16.94 juta tahun sebelumnya.

Hasil yang dijana pada S2TK22 mewakili hampir 84 peratus daripada keseluruhan hasil tahun kewangan 2021 (TK21). Manakala bagi tempoh yang sama, syarikat mencatatkan LBT sebanyak RM2.50 juta dan LAT sebanyak RM2.51 juta, katanya.

“Bahagian label dan pembungkusan adalah penyumbang terbesar kepada jumlah hasil syarikat, menyumbang 71.50 peratus atau RM22.57 juta, manakala bahagian baharu, topeng mencatatkan hasil sebanyak RM8.99 juta atau 28.5 peratus kepada jumlah hasil kumulatif syarikat untuk enam bulan TK22 (6BTK22).

“Malaysia adalah pasaran terbesar kepada hasil keseluruhan syarikat, menyumbang sebanyak 74.53 peratus atau RM23.53 juta, diikuti Thailand dan Singapura masing-masing pada RM8.25 juta dan RM3.97 juta,” katanya.

Mengulas prestasi tersebut, Pengarah Eksekutif Kumpulan, Roy Ho berkata, ia adalah permulaan tahun yang lebih baik untuk syarikat yang kembali kepada prestasi kewangan kukuh dan keuntungan sekali gus memecahkan kerugian selama lima tahun berturut-turut sejak TK2017 walaupun menghadapi isu pandemik.

“Permintaan untuk topeng dijangka lebih tinggi apabila dunia bergelut dengan virus Covid-19. Menurut pakar, varian Omicron yang baru ditemui, menimbulkan risiko jangkitan yang lebih tinggi.

“Sesetengah negara telah mengembalikan pemakaian topeng untuk mengekang penyebaran virus, dan tidak mengambil risiko penjagaan kesihatan.

“Oleh itu, pemakaian topeng muka gred perubatan adalah keutamaan kerajaan dengan pakar kesihatan turut memberi penekanan terhadapnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN