MyVeteranMall bantu 300,000 veteran ATM tingkat ekonomi - Utusan Malaysia

MyVeteranMall bantu 300,000 veteran ATM tingkat ekonomi

IKHMAL HISHAM ABDUL AZIZ menyampaikan anugerah kepada seorang penerima pada majlis pelancaran MyVeteran Mall di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) dengan kerjasama MIDC Technology Sdn. Bhd., melancarkan aplikasi dalam talian MyVeteranMall yang akan mewujudkan lebih banyak kemudahan dan peluang keusahawan secara digital kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menurut Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz, pelancaran aplikasi itu akan memberi peluang lebih luas kepada lebih 300,000 veteran ATM untuk menambahbaik status sosioekonomi mereka.

Beliau berkata, platform digital itu juga membolehkan veteran ATM untuk terus berhubung antara satu sama lain, selain membina perniagaan.

“Kemudahan di dalam aplikasi seperti e-Info, e-Dagang, e-Servis, e-Bayaran PAYJE,e-Khidmat dan Tabung Pahlawan ini diharap dapat merapatkan jurang digital di kalangan komuniti veteran ATM dan keluarga mereka.

“Setakat ini seramai 505 usahawan veteran telah berdaftar dengan MyVeteranMall dan 605 produk telah dipasarkan diseluruh negara,” katanya pada Majlis Pelancaran MyVeteranMall di Hotel Royale Chulan, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez Abd Aziz, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Edaran Berhad, Fazlan Azri Tajudin.

Ikmal Hisham berkata, melalui aplikasi tersebut, veteran ATM akan mempunyai ruang sehenti maya untuk membuat transaksi dan mempromosikan produk serta perkhidmatan.

Tambah beliau, platform digital komuniti itu merupakan salah satu sokongan pihak Kementerian Pertahanan untuk mencapai 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di bawah strategi ‘Memperkasakan Veteran ATM’.

Sementara itu, veteran ATM menyambut baik pelancaran MyVeteranMall yang disifatkan boleh membantu mereka meningkatkan sosioekonomi.

Veteren Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Samsul Abdul. Aziz, 44, berkata, aplikasi itu sangat berguna untuk usahawan veteren memasarkan produk kepada masyarakat luar.

“Apabila bersara kita hanya bergantung kepada duit pencen, dan (dengan pelancaran MyVeteranMall) ini dapat menambahkan lagi pendapatan serta ekonomi keluarga,” katanya.

Bagi Hairry Rosli, 38, juga pesara TLDM, dia percaya aplikasi MyVeterenMall akan dapat membantu veteran ATM mengetengahkan lagi produk mereka di pasaran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.