MyPay, bayar zakat tanpa tunai - Utusan Malaysia

MyPay, bayar zakat tanpa tunai

PEMBAYARAN zakat secara dalam talian, membolehkan umat Islam melaksanakan kewajipan rukun islam tersebut dengan lebih mudah walau di mana mereka berada. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertama Digital Berhad (Pertama Digital) mengumumkan kerjasama strategik dengan Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) untuk memproses bayaran zakat tanpa tunai melalui MyPay, aplikasi super milik Kumpulan itu untuk perkhidmatan kerajaan.

MyPay dikendalikan oleh DAPAT Vista (M) Sdn. Bhd. (Dapat), anak syarikat majoriti milik Pertama Digital.

Pengarah Strategi Pertama Digital, Saify Akhtar berkata, pandemik Covid-19 telah mempercepatkan permintaan untuk perkhidmatan kerajaan digital, termasuk bayaran zakat tanpa tunai.

Pada masa yang sama, katanya, golongan asnaf berdepan cabaran yang tidak seimbang dalam suasana yang belum pernah berlaku sebelum ini dise­babkan jurang digital.

“Kami mengenal pasti keperluan mendesak untuk menyelesaikan masalah ini melalui pendigitalan,” katanya dalam kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif Dapat, Amanda Sabri pula berkata, syarikat membina ciri sumba­ngan zakat MyPay selepas mendapat pemahaman terperinci tentang perkara yang diperlukan oleh setiap pemegang kepentingan dan perkara yang tidak ditangani oleh pesaing.

Katanya, pada 2020, PPZ-MAIWP mengutip RM756 juta zakat, yang mana hanya RM122 juta dikutip secara dalam talian.

“Kami melihat peluang untuk menyumbang kembali kepada Rakyat dengan menggunakan kepakaran kami dalam melancarkan dan menskalakan penyelesaian digital untuk perkhidmatan kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman berkata, pihaknya gembira dapat bekerjasama rapat dengan organisasi sektor swasta selaras dengan model Perkongsian Rakyat-Swasta-Awam kerajaan.

“MyPay telah mencipta penyelesaian digital yang akan membantu meningkatkan kutipan zakat PPZ-MAIWP. Tambahan pula, ciri bayaran zakat MyPay termasuk kalkulator pa­ling intuitif di pasaran yang akan memudahkan proses bagi umat Islam menunaikan kewajipan mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×