Gardenia lancar Gardenia QuickBites - Utusan Malaysia

Gardenia lancar Gardenia QuickBites

LAVINIA Anthony bersama Gardenia QuickBites yang dilancarkan baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rangkaian ban coklat berkrim Gardenia QuickBites membuat penampilan sulungnya di pasaran seluruh Semenanjung Malaysia baru-baru ini.

Di bawah gerbang jenama QuickBites yang sangat digemari, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. (Gardenia) melancarkan rangkaian roti krim premium baharu QuickBites itu dalam dua variasi istimewa iaitu Black Forest dan Karamel Masin.

Kian popular di bawah jenama QuickBites, QuickBites Gold dicipta untuk memenuhi keperluan mereka yang mempunyai citarasa tersendiri.

Pengurus Pemasaran Gardenia, Lavinia Anthony berkata, Gardenia QuickBites Black Forestdan QuickBites Karamel Masin dilancarkan untuk menyerlahkan keceriaan semua lapisan masyarakat.

“Pelancaran rangkaian penuh keceriaan ini tiba pada masa yang tepat apabila rakyat Malaysia telah mula kembali kepada norma baharu. Ban coklat premium berkrim yang kaya dengan Black Forest atau Karamel Masin ini pasti menjanjikan keceriaan dalam setiap gigitan,” katanya dalam kenyataan.

Menuru Lavinia, Gardenia QuickBites Gold merupakan snek yang lebih memuaskan citarasa seluruh isi keluarga pada bila-bila masa, dan boleh didapati di mana-mana kedai berdekatan.

“Nikmati kelazatan yang tiada tandingan Gardenia QuickBites Black Forest dan QuickBites Karamel Masin hari ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×