e-Sukan tawar hadiah lebih RM20,000 sempena AKM - Utusan Malaysia

e-Sukan tawar hadiah lebih RM20,000 sempena AKM

ORANG ramai berpeluang menyertai pelbagai pertandingan e-Sukan sempena program 100 Hari Aspirasi #Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hadiah wang tunai lebih RM20, 000 ditawarkan dalam pertandingan sukan elektronik (e-Sukan) sempena Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) bermula semalam sehingga Ahad nanti.

Pengurus projek e-Sukan, Nurul Aina Nor Azmi, berkata, kejohanan yang akan diadakan nanti akan turut disertai beberapa kumpulan terkenal termasuk Home Bois; Mad Esports; Team Haw dan Suhaz Esports.

Setakat ini katanya, lebih 60 peserta telah mengesahkan penyertaan mereka dalam pertandingan berkenaan.

“Kejohanan ini diadakan di peringkat dalaman dan tidak melibatkan peserta luar negara. Kita mahu memberi fokus kepada pencarian bakat baharu untuk diketengahkan.

“Selain itu, kita juga mahu mengubah persepsi masyarakat sebelum ini kononnya e-Sukan tidak mampu berkembang baik dalam kalangan ibu bapa,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Antara e-Sukan yang dipertandingkan termasuklah Mobile Legend Bang Bang, FIFA dan Racing Simulator.

Selain itu, pelbagai aktiviti lain turut diadakan dalam program ini seperti demonstrasi karangkraf, karnival kerjaya dan  diskaun saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam pada itu, bekas pemain e-Sukan, Azmil Aidil, berkata, kejohanan yang diadakan sempena program 100 hari AKM ini  akan dijadikan peluang untuk bertukartukar pandangan serta berkongsi ilmu serta maklumat dalam kalangan pemain .

“Pertandingan sebegini merupakan platform terbaik untuk belajar daripada mereka yang berpengalaman dan dalam masa yang sama mencari bakat baharu. Mungkin ada yang boleh mewakili Malaysia satu hari nanti.

“Malah, mereka yang berbakat juga boleh menjadikan ia sebagai satu kerjaya dengan memperolehi pendapatan tetap. Ada juga yang berjaya mencipta nama di persada antarabangsa,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya