KUALA LUMPUR: Honda Malaysia menyasarkan jualan sebanyak 1,000 unit City Hatchback serba baharu sebulan yang dilancarkan, semalam. Diperkenalkan dalam empat varian iaitu RE e-HEV, V, E dan S, City Hatchback serba baharu yang sporty dan bergaya, disasarkan kepada golongan muda Malaysia. Ia dijual pada harga antara RM75,670 hingga RM87,860, tanpa insurans, bergantung kepada model dan aksesori. Majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, Sarly Adli…