Astrum Ampang, Ascott jalin kerjasama - Utusan Malaysia

Astrum Ampang, Ascott jalin kerjasama

MAJLIS menandatangani kerjasama antara Setia Awan Group Astrum Ampang Sdn. Bhd. dan The Ascott Limited di Kuala Lumpur, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Setia Awan Group Astrum Ampang Sdn. Bhd. dan The Ascott Limited (Ascott) memeterai perjanjian untuk pengurusan dan operasi Citadines Astrum Ampang, Kuala Lumpur.

Kediaman servis 230 unit itu dijadualkan dibuka pada 2026.

Citadines Astrum Ampang akan berada di Blok M, projek pembangunan bercampur Astrum yang akan datang.

Projek mercu tanda itu mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM 1.6 bilion.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Pengarah Eksekutif Wilayah Tengah Setia Awan, Ng Teck Hua dan Pengurus Besar Negara The Ascott Limited untuk Malaysia, Mondi Mecja di Astrum Ampang Property Gallery, Phileo Damansara 1.

Teck Hua berkata, Ascott merupakan rakan kongsi pilihan untuk usaha itu kerana ia merupakan syarikat penginapan global yang mempunyai rekod prestasi dan reputasi kukuh.

“Kami pastinya tidak sabar untuk bekerja rapat dengan Ascott dan memanfaatkan kepakaran kedua-dua pihak dalam memenuhi keperluan generasi baharu daripada pelanggan dan penduduk,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Mondi Mecja berkata, Citadines adalah antara jenama Ascott yang paling pesat berkembang di seluruh dunia.

Beliau berkata, penambahan Citadines Astrum Ampang akan mengukuhkan lagi kedudukan Ascott sebagai antara pemilik-pengendali penginapan antarabangsa terbesar di Malaysia, menyediakan tetamu dengan lebih banyak pilihan penginapan.

“Ia akan mengembangkan portfolio kami kepada lebih 6,200 unit merentasi 27 hartanah dalam negara.

“Dengan lebih 30 tahun kepakaran dalam industri di peringkat global, tetamu boleh alami layanan mesra Ascott yang memenangi anugerah dan mengharapkan penginapan yang selamat dan selesa jauh dari rumah di Citadines Astrum Ampang Kuala Lumpur,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN