Sasar tempahan 6,000 Myvi baharu - Utusan Malaysia

Sasar tempahan 6,000 Myvi baharu

MODEL Perodua Myvi serba baharu yang dilancarkan syarikat itu baru-baru ini dilaporkan mendapat permintaan yang baik daripada pembeli. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perodua Myvi baharu berjaya menerima tempahan sebanyak 4,303 dalam tempoh hanya sembilan hari pelancarannya dengan penghantaran pula dibuat pada keesokannya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, Myvi baharu itu dibangunkan dengan kos sebanyak RM50 juta, mempunyai teknologi canggih, ciri keselamatan pintar yang dipertingkatkan, penjimatan bahan api yang lebih baik, penampilan baharu yang sporty dan warna baharu.

“Kami berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia ter­utama para pelanggan kami atas sokongan yang diberikan kepada Perodua dan Myvi baharu,” katanya dalam kenya­taan.
Zainal Abidin berkata, beliau menjangkakan untuk mendaftar 6,000 unit setiap bulan, yang membolehkan syarikat kereta kompak itu mengekalkan kecenderungan jualan Myvi pada masa akan datang.

“Myvi telah menarik perhatian rakyat Malaysia dan telah diterima secara meluas oleh masyarakat. Tawaran baharu ini adalah untuk memastikan para pelanggan kami yang dihargai memperolehi nilai yang terbaik,” kata beliau.

Varian Myvi baharu termasuk 1.5 liter AV (Advance), varian 1.5 liter H, varian 1.5 liter X , 1.3 liter G dan 1.3L G (Basic).

Harga Myvi baharu dari RM45,700 hingga RM58,800 untuk Semenanjung Malaysia, tanpa insuran dan tidak terma­suk cukai jualan.

“Ini adalah pertama kali dalam sejarah Malaysia, syarikat kereta menawarkan kereta de­ngan teknologi autonomi tahap 2 di bawah harga RM60,000,” kata Zainal Abidin.

Menurut Perodua, pelancaran varian baharu itu adalah dalam tempoh minggu yang sama dengan pelancaran Myvi generasi ketiga pada 16 November 2017.

Myvi yang mula diperkenalkan pada Mei 2005 telah terjual kira-kira 1.3 juta unit setakat ini dan daripada jumlah tersebut, Myvi generasi ketiga terjual sebanyak 277,329 unit.

Perubahan ketara pada Myvi termasuk penambahbaikan dalam sistem keselamatannya, menampilkan sistem Perodua Smart Drive Assist (PSDA), yang direka dengan mengambilkira keselamatan pemandu dan pejalan kaki.

PSDA mempunyai empat ciri; Bantuan Pemanduan Selamat (ASA); Bantuan Pemanduan; Bantuan Letak Kenderaan dan Bantuan Lampu Utama.

Ciri-ciri penuh itu boleh didapati dalam varian AV, yang melayakkannya menjadi kereta dengan teknologi Autonomous Level 2. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×