Robin @Rimbayu habis ditempah - Utusan Malaysia

Robin @Rimbayu habis ditempah

ROBIN @Rimbayu menawarkan kehidupan selesa kepada bakal penghuni. - GAMBAR IJM LAND
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Projek hartanah Robin @Rimbayu oleh IJM Land mendapat permintaan tinggi daripada pembeli.

Ia terbukti apabila sejumlah 308 unit dari fasa 1 dan 2 projek itu dengan nilai pemabanguan kasar (GDV) RM241 juta, habis dijual dalam tempoh 28 minit pada hari pertama pelancarannya.

Menurut IJM Land, Robin @ Rimbayu adalah sebahagian daripada perbandaran Bandar Rimbayu berkeluasan 1,879 ekar, terdiri daripada 615 rumah berangkai dua tingkat membabitkan tiga jenis dan saiz iaitu A (177 unit), B (333 unit) dan C (105 unit).

“Bermula pada harga RM648,800, unit jenis A dilengkapi dengan ruang yang luas termasuk halaman belakang seluas 7 kaki, siling rumah tinggi dan balkoni di bilik tidur utama.

“Jenis B yang dibina di atas tanah seluas 18′ x 65′ membabitkan bangunan seluas 1,665 kaki persegi dengan harga bermula RM680,800.

“Kedua-dua unit masing-masing dilengkapi 3 bilik tidur, 3 bilik mandi disediakan khas untuk pembeli lebih muda,” katanya dalam kenyataan.

Menurut JIM Land, jenis C berukuran 28′ X 65′ dengan binaan 2,009 kaki persegi berharga dari RM881,800, menawarkan reka bentuk dan susun atur untuk keluarga yang sedang berkembang serta mempunyai warga emas.

Mengulas projek berkenaan, Pengurus Besar Kanan IJM Land, Chai Kian Soon berkata, Bandar Rimbayu mengutamakan gaya hidup berkualiti untuk pembeli rumah.

Oleh itu, itu katanya, mereka berada dekat dengan The Club @ Rimbayu yang memiliki kemudahan kelas pertama dan Oasis International School yang menawarkan pendidikan berkualiti.

“Sesuai dengan norma baharu yang memerlukan masa lebih banyak di rumah, penduduk juga mendapat jaminan infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi.

“Semua rancangan dan konsep ini menyumbang kepada idea Bandar Rimbayu sebagai kawasan perbandaran sehenti dan mandiri untuk semua penduduk,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×