Rakyat Malaysia bersama-sama melangkah lebih sejuta batu demi jantung

Rakyat Malaysia bersama-sama melangkah lebih sejuta batu demi jantung

NESTLÉ OMEGA PLUS menyalurkan RM100,000 kepada Yayasan Jantung Malaysia (YJM) dan Yayasan Institut Jantung Negara (IJN). (Dari kiri) Juan Aranols, Gurbakhash Singh, Mohamed Zamri Mohamed Nezuri, Ahmad Faisal Azhan, Aishah Ong dan Lam Pui Yuee.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 12,988 rakyat Malaysia dari seluruh negara telah bersatu hati melangkah 1,176,666 batu menerusi acara Walk-a-Million-Miles 2021 NESTLÉ OMEGA PLUS yang dianjurkan sempena Bulan Jantung Sedunia.

Susulan pencapaian ini, NESTLÉ OMEGA PLUS menunaikan janjinya untuk menyalurkan RM100,000 kepada rakan-rakan kerjasamanya, iaitu Yayasan Jantung Malaysia (YJM) dan Yayasan Institut Jantung Negara (IJN).

Kolesterol tinggi yang merupakan faktor risiko utama penyakit jantung menjejaskan lapan juta orang dewasa di Malaysia.

Berdasarkan tema ‘Melangkah Bersama, Jantung Dijaga’, NESTLÉ OMEGA PLUS sekali lagi berganding tangan dengan YJM dan Yayasan IJN untuk memperkasakan rakyat Malaysia agar tampil memerangi kolesterol tinggi, selain membantu mengutip dana untuk pesakit jantung yang memerlukan.

“Kami sangat berbangga dengan pencapaian tahun ini! YJM dan Yayasan IJN telah sekian lama menjadi rakan kerjasama inisiatif kesihatan jantung kami, kerana misi ini sangat dekat dengan hati kami di NESTLÉ OMEGA PLUS. Jadi, kami berbesar hati untuk menyokong mereka, dan turut menghargai sokongan padu semua peserta dalam acara Walk-a-Million-Miles 2021.

“Merekalah yang telah menyumbang kepada matlamat satu juta batu kami serta membangkitkan kesedaran terhadap kesihatan jantung di seluruh negara,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad, Juan Aranols,

Secara puratanya, setiap peserta mencatatkan 7,200 langkah sehari, yang menyumbang kepada purata bulanan 216,000 langkah setiap peserta sepanjang bulan September.

Angka ini jauh lebih tinggi daripada purata 3,963 langkah sehari yang dicatatkan oleh rakyat Malaysia, sekali gus mencerminkan sikap proaktif rakyat Malaysia dalam membudayakan kesihatan jantung.

Datuk Gurbakhash Singh dari YJM berkata: “Seiring peningkatan penyakit jantung, sangat pentingnya kita mengamalkan gaya hidup yang sihat jantung untuk diri sendiri serta keluarga tersayang. Berjalan 10,000 langkah setiap hari dapat membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

“Pencapaian yang diraih oleh rakyat Malaysia dalam inisiatif Walk-a-Million-Miles tahun ini amat memberangsangkan, kerana ia menunjukkan kita sedang mengorak langkah ke arah menjadi sebuah negara yang sihat jantung.”

Toh Puan Aishah Ong dari IJNF berkata: “Inisiatif Walk-a-Million-Miles merupakan peluang yang baik untuk mendekati dan memperkasakan rakyat Malaysia untuk menerajui kesihatan jantung diri mereka. Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta serta NESTLÉ OMEGA PLUS atas sumbangan dan sokongan mereka kepada pesakit jantung yang memerlukan.”

Pesakit jantung di IJN, Sokalingam Karuppiah berpendapat inisiatif seperti Walk-a- Million-Miles sangat bermanfaat kerana menyantuni pesakit jantung yang memerlukan.

“Saya tidak mampu membayar bil hospital, jadi apabila IJNF memaklumkan saya bahawa NESTLÉ OMEGA PLUS akan membantu saya dengan sebahagian daripada kos rawatan saya, saya amat bersyukur. Saya menyokong Walk-a-Million-Miles dan berjanji untuk menyumbang balik semampu yang boleh agar insan lain yang memerlukan turut berpeluang mendapat bantuan.”

NESTLÉ OMEGA PLUS menggalakkan rakyat Malaysia untuk menerajui kesihatan jantung diri mereka dengan kekal aktif serta memilih makanan yang sihat jantung untuk menguruskan paras kolesterol. Ia termasuk  pengambilan dua hidangan NESTLÉ OMEGA PLUS setiap hari, yang mengandungi ActiCol®, 1.2g tumbuhan sterol, yang terbukti berkesan menurunkan paras kolesterol dengan mengurangkan penyerapan kolesterol
dalam badan.

Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Susu, Nestlé (Malaysia), Lam Pui Yuee berkata: “NESTLÉ OMEGA PLUS sedang giat menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menerajui kesihatan jantung diri. Kami menggalakkan orang ramai agar terus menguruskan kesihatan jantung mereka dengan bersenam, mengamalkan diet yang sihat jantung dan mengambil NESTLÉ OMEGA PLUS. Kami berharap anda akan terus menyokong Walk-a-Million-Miles pada tahun hadapan.”

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN