fbpx

Pemenang APDN 2020 diharap beri motivasi pulihkan ekonomi negara – Alexander

SEORANG penerima APDN 2020 mengambil kesempatan berswafoto bersama Ismail Sabri Yaakob dan Alexander Nanta Linggi. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Anugerah Perdagangan Dalam Negeri (APDN) 2020 buat julung kalinya diadakan mampu menjadi pemangkin serta motivasi kepada barisan hadapan ekonomi agar bekerja dengan lebih gigih dan penuh kesungguhan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, selain itu, anugerah tersebut turut mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh pemain industri sebagai barisan hadapan bagi meningkatkan ekonomi domestik negara.

“Selain memberi penghargaan kepada barisan hadapan ekonomi dalam membantu memulihkan ekonomi negara  khususnya semasa pandemik Covid-19 ini, APDN 2020 ini turut memberikan pengiktirafan kepada barisan hadapan ekonomi di atas setiap usaha dan inovasi yang dilaksanakan, demi kelangsungan kepada perniagaan sedia ada.

“Pada masa yang sama, ia dapat meningkatkan persaingan sihat dalam sektor peruncitan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan kepenggunaan, selain membina rangkaian hubungan baik dan memperluas kerjasama di antara Kementerian dan pemain industri yang berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pembukaan APDN 2020 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur malam tadi yang disempurnakan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

APDN 2020 melibatkan sebanyak 25 kategori anugerah meliputi PKS, Kedai Harga Patut, Francais, Jualan Langsung,
Peruncitan, E-Dagang, Media dan Stesen Minyak.

Lima penerima anugerah utama ialah Fatihah Frozen Food Sdn. Bhd. bagi kategori produk terbaik, Mydin Mohamed Holdings Berhad yang memenangi penyertaan terbaik kategori Kempen Beli Barangan Malaysia dan Ecart Services Malaysia Sdn. Bhd. (Lazada Malaysia) sebagai Pengendali Pasar Dalam Talian Terbaik.

Selain itu, Global Art & Creative Sdn. Bhd. menjadi pemenang Francais Terbaik (Dalam Negara) manakala Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. diiktiraf sebagai Kedai Serbaneka Stesen Minyak Terbaik. – UTUSAN

POPULAR

KOSMO! TERKINI