PETALING JAYA: Epicor, iaitu peneraju global dalam perisian perusahaan khusus industri yang direka untuk memacu pertumbuhan perniagaan, mengumumkan pelancaran Epicor Kinetic terbaharu, yang merupakan platform ERP berasaskan Awan untuk pengeluar.
Pembaharuan berkenaan menzahirkan komitmen berterusan syarikat untuk membina penyelesaian Awan Industri (Industry Cloud) yang terunggul bagi memperkasakan sektor pengeluar untuk memantapkan operasi dan meningkatkan keuntungan.
Apabila berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk kecekapan operasi, gangguan rantaian bekalan, kerumitan tenaga kerja dan perubahan sikap pelanggan terhadap ketersambungan digital, penyelesaian produktiviti industri yang fleksibel dan dipacu maklumat menjadi satu keperluan yang kritikal.
Malah, menurut Laporan Wawasan Industri Epicor 2021 terkini, 94 peratus daripada pemimpin perniagaan yang ditinjau berpendapat Awan sangat penting untuk menjamin kerelevanan perniagaan mereka pada masa hadapan, manakala 82 peratus berkongsi Covid-19 telah merancakkan pelan migrasi Awan mereka.
Sehubungan itu, pelancaran Epicor Kinetic terbaharu mampu menangani pelbagai cabaran ini secara langsung dan dibina untuk menyampaikan pelbagai keupayaan yang membawa pejabat belakang tabir (back-office) kepada pengguna perniagaan barisan hadapan – termasuk pilihan Awan yang lebih luas untuk pengeluar bersaiz besar, ciri-ciri baharu untuk mempertingkatkan ketepatan maklumat dan produktiviti, serta pengalaman pengguna yang lebih baik.
Epicor Kinetic kini menawarkan pakej Perkhidmatan Perusahaan Awan Epicor (Epicor Cloud Enterprise Services) baharu untuk pengeluar bersaiz besar yang perlu menangani keperluan bil bahan (BOM) dan Perancangan Sumber Bahan (MRP) yang kompleks. Selain itu, ia akan melengkapkan pengeluar bersaiz besar dengan kawalan dan fleksibiliti yang lebih baik untuk mengurus berbilang kilang dan kemudahan di seluruh dunia menerusi platform awan yang fleksibel lagi selamat. Penyelesaian ini juga menampilkan keupayaan pengkomputeran terkini, infrastruktur Awan yang boleh diperibadikan, serta akses kepada kepakaran sokongan premium bagi memacu proses pengeluaran yang bertaraf global dan canggih.
Pembaharuan berkenaan menampilkan rangkaian modul dan ciri peningkatan bersepadu dan khusus industri, sekali gus menaik taraf keupayaan digital untuk menyediakan sebut harga, anggaran dan e-dagang. Ciri-ciri baharu termasuk:
- Integrasi Epicor CPQ (nama baharu untuk KBMax):Epicor CPQ menawarkan pengalaman pembelian yang visual dan berkesan di laman web untuk mengendalikan peraturan produk yang kompleks secara mudah, menyegerakkan bil operasi dan bahan secara automatik, selain mengurangkan masa untuk menyediakan sebut harga sehingga pengeluaran. Epicor CPQ turut didatangkan dengan Epicor Commerce Connect, iaitu penyelesaian e-dagang yang dibina khusus untuk pengguna Epicor Kinetic.
- SecturaSOFT: Epicor Kinetic bersambung dengan alatan anggaran dan sebut harga SecturaFAB untuk pengeluar fabrikasi logam. Ia menyampaikan perwakilan grafik dan nesting logic yang dapat mempercepatkan proses penjanaan sebut harga secara ketara, sekali gus membolehkan pelanggan meraih manfaat dari segi waktu jalan (runtimes) yang dioptimumkan, kos kimpalan, operasi pemotongan yang kompleks, dan sebagainya.
- Sambungan dengan Amazon serta eBay: Epicor EDI, iaitu modul integrasi perniagaan-ke-perniagaan (B2B), menghubungkan Epicor Kinetic dengan Amazon serta eBay, membolehkan pengguna yang memasukkan jumlah pesanan yang besar untuk mengautomasikan pemprosesan entri pesanan. Integrasi berkenaan juga menunjukkan ketelusan inventori masa sebenar serta mempercepatkan pemenuhan.
Menawarkan pelbagai ciri peningkatan, pembaharuan ini menyediakan pengalaman pengguna yang lebih diperibadikan untuk meningkatkan penglibatan dan produktiviti. Tidak kira pemperibadian mahupun konfigurasi rendah/tiada kod yang dipertingkatkan dalam alatan Epicor Application Studio, setiap ciri peningkatan boleh diterapkan mengikut keperluan masing-masing bagi meminimumkan gangguan terhadap perniagaan.
Tambahan pula, pembaharuan ini didatangkan dengan lebih 56 latihan praktikal baharu yang diintegrasikan secara sempurna ke dalam platform berkenaan.
“Daya tahan dan daya saing yang berterusan dalam pasaran global kini menjadi fokus utama pengeluar, khususnya dalam tempoh 18 bulan lalu, disebabkan gangguan dan perubahan yang dicetuskan Covid-19,” kata Himanshu Palsule, Pengerusi serta Ketua Pegawai Teknologi Epicor.
“Kemas kini Epicor Kinetic terbaharu kami menumpukan fokus untuk memastikan pelanggan pengeluar kami kekal tangkas, produktif dan meningkatkan keuntungan. Berbekalkan keupayaan Awan yang diperluaskan, kami membantu pelanggan mengorak langkah ke arah memodenkan infrastruktur teknologi, mengurangkan risiko dan memperoleh pemahaman lebih mendalam tentang operasi mereka,” katanya.