SINGAPURA: Saham-saham Asia dalam prestasi tidak menentu semalam, dengan syarikatsyarikat Jepun mendapat lonjakan pascapilihan raya manakala data yang lemah di China memberikan kesan yang pelbagai menjelang mesyuarat dasar di Amerika SYarikat (AS), Britain dan Australia yang akan menentukan unjuran kadar. Indeks Nikkei meningkat 2.3 peratus kepada catatan tertingginya dalam sebulan selepas Perdana Menteri, Fumio Kishida dari Parti Demokratik Liberal (LDP) mencipta kejutan dalam pilihan raya negara itu. Parti pimpinan Kishida…










