Jual 1,000 balang mangga jeruk asam boi sebulan - Utusan Malaysia

Jual 1,000 balang mangga jeruk asam boi sebulan

Norkamisah Mohd. Sam menghasilkan hampir 1,000 balang mangga jeruk sebulan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Mengambil inisiatif untuk mencari pendapatan baharu ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bagi menampung perbelanjaan, Norkamisah Mohd. Sam, 44, bermula dengan menjual mangga asam boi pada awal tahun lalu.

Katanya, jenama Pauh Asam Boi diketengahkan itu mendapat sambutan yang cukup luar biasa apabila lebih 1,000 balang terjual setiap bulan.

“Saya terfikir untuk menjual mangga jeruk ini apabila melihat kisah seorang usahawan yang berjaya menerusi produk makanan ini.

“Jadi, saya mempelajari teknik pembuatan mangga jeruk dengan mencampurkan asam boi untuk memberikan rasa masam dan manis.

“Setiap hari hampir 60 kilogram (kg) mangga Thailand diperlukan. Saya memilih mangga ini kerana lebih manis dan ranggup,” katanya.

Pauh Asam Boi dihasilkan oleh Norkamisah Mohd. Sam.

Akui Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ini, Pauh Asam Boi kini mempunyai hampir 30 ejen jualan di sekitar Melaka.

“Bagi jualan ejen dan diri sendiri, saya menghasilkan hampir 80 botol Pauh Asam Boi setiap hari dan harap dapat kembangkan perniagaan ini ke seluruh negara.

“Untuk tempahan, boleh hubungi 013-274 9083 atau kunjungi Facebook Norkamisah Mohd. Sam,” katanya.

———————————————————————————————————————–

NORAZURA Mohd. Nasir, bangga dengan kejayaannya menguruskan syarikat Zura Balduzi Art.

Zura Balduzi Art tawar jahitan sulaman

Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ini, untuk membuka enam kedai di sekitar kawasan Taman Seremban Jaya, Seremban.

Akui Norazura Mohd. Nasir, 37, permulaan perniagaan jahitan baju diusahakan bersama suami, Md. Osman Hossain, 42, membolehkan mereka menjalankan operasi Zura Balduzi Art.

“Zura Balduzi Art menawarkan perkhidmatan pembuatan pelbagai jenis pakaian sulaman, percetakan manual dan digital dari rumah sekitar 2008 dan setahun kemudian kami mula menyewa kedai,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Kata Norazura, hampir 500 hingga 1,000 helai T-Shirt Muslimah dihasilkan, begitu juga dengan proses menjahit.

“Harga pukal bagi minimum 100-150 helai T-Shirt Muslimah antara RM20 hingga RM25 bergantung kepada material, corak dan rekaan.

“Untuk tempahan boleh hubungi saya di talian 011-16665798 atau kunjungi Facebook Zura Balduzi Art untuk perkhidmatan yang disediakan,” katanya.

————————————————————————————————————————

NOOR Azizah Mamat giat mengetengahkan koleksi persalinan menerusi jenama Sue Batik.

Noor Azizah ketengah keindahan batik Kelantan

Koleksi pakaian bermotifkan batik lukis yang semakin mendapat perhatian seakan memanggil Noor Azizah Mamat, 48, untuk mengetengahkan keindahan batik Kelantan kepada pelanggan di sekitar Negeri Sembilan dan Melaka.

Kata pengusaha Sue Batik ini, kini terdapat pelbagai koleksi persalinan dihasilkan menggunakan keindahan batik lukis di samping pemilihan fabrik yang mewah.

“Saya memulakan perusahaan ini secara kecil-kecilan di rumah pada 2007 apabila mengikuti suami bekerja. Bermula detik itu, saya mahu membantu suami menambah pendapatan.

“Antara persalinan yang mendapat sambutan adalah kaftan, blaus, batik palazo, batik kemeja dan kain pasang fabrik crepe dan kapas,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Kata Noor Azizah yang juga Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), dia juga menjalankan perniagaan lain termasuk rumah sewa, pengedar kurma dan kuih muih setiap kali menjelang Ramadan dan Syawal.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi Facebook, Sue Batik, atau hubungi talian 013-9227328.

————————————————————————————————————————

 

Muslimah Saharuddin bergambar di hadapan rumah inap Muslimah Homestay Rumah Melaka yang diketengahkan olehnya.

Alami inap desa rumah tradisional Melaka

Antara destinasi yang sering mendapat perhatian pengunjung terutama mereka yang berkeluarga adalah Melaka. Negeri bersejarah, kaya dengan adat tradisi Melayu.

Pengusaha Muslimah Homestay Rumah Melaka, Muslimah Saharuddin, 34, mengajak pengunjung untuk menikmati suasana percutian rumah inap yang cukup unik dengan binaan berkonsepkan rumah tradisional Melaka.

“Rumah inap berkonsepkan tradisional ini dibina pada 2015 apabila saya melihat pengunjung dari luar Melaka amat berminat untuk menghabiskan masa dalam suasana kampung yang tenang.

“Bermula dari situ, saya mula menyewakan rumah saya kepada pengunjung. Sambutan yang menggalakkan mendorong saya untuk membina tiga rumah tradisional berkonsepkan kayu,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu berkata, rumah inap tradisional Melaka diketengahkannya menawarkan kelainan kepada penyewa.

“Ia mengingatkan kepada pengalaman pulang ke kampung halaman dan menghabiskan masa bersama keluarga di ruang tamu.

“Empat rumah batu disewakan serendah RM120 hingga RM170 satu malam. Hubungi talian 017- 604 8985 atau kunjungi Facebook Muslimah Homestay Rumah Melaka,” katanya.

Untuk mengetahui skim pembiayaan perniagaan yang disediakan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia, sila layari: www.aim.gov.my/perkhidmatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya