GETB lancar takaful MikroSayang - Utusan Malaysia

GETB lancar takaful MikroSayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gerat Eastern Takaful Berhad (GETB) telah melancarkan produk mikrotakaful iaitu MikroSayang untuk memenuhi keperluan perlindungan asas golongan yang kurang dititikberatkan dan tidak dilindungi di Malaysia.

Menurut GETB, idea dan penstrukturan reka bentuk Mi­kroSayang berasaskan daripada pengalaman serta pengetahuan syarikat yang telah menguruskan skim mySalam di mana skim itu telah menyediakan perlin­dungan takaful kepada hampir tujuh juta penerima manfaat.

“MikroSayang adalah produk pertama yang dilancarkan di bawah Perlindungan Tenang, satu inisiatif di bawah Bank Negara dalam memastikan adanya perlindungan yang mudah dan berpatutan untuk semua,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, terdapat tiga faedah ditawarkan oleh MikroSa­yang iaitu feadah kemasukan ke hospital, penyakit kritital dan kematian akibat kemala­ngan peribadi.

Tambahnya, terdapat tiga telah ditawarkan iaitu Pelan A dengan manfaat kemasukan ke hospitak hanya RM50 setahun atau RM4.20 sebulan, Pelan B, penyakit krititak hanya RM50 setahun atau RM4.20 sebulan dan Pelan C, manfaat kemasukan ke hospital dan penyakit kritikal RM900 setahun atau RM7.50 sebulan.

“MikroSayang merupakan produk yang diedarkan sepenuhnya secara digital melalui portal pelanggan di www.mikrosayang.com di mana pelanggan akan menjalani proses pendaftaran yang intuitif dan dimudahkan dengan proses dari mula sehingga akhir hanya mengambil masa kurang dari tiga minit.

“Penyertaan MikroSayang adalah secara atas talian sepenuhnya. Bagi mereka yang berminat untuk mendaftar boleh layari laman web www.mikrosayang.com dan boleh terus berdaftar. Akses ke papan pemuka/portal dalam talian akan diberikan di mana mereka boleh menguruskan akaun, membuat tuntutan, menyemak faedah yang disediakan kepada pelanggan serta merujuk pe­langgan lain,” jelasnya.

GETB berkata, penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) berumur 18 hingga 55 tahun juga layak untuk menerima Baucar Perlindungan Tenang (BPT).

“Mereka boleh menebus baucar dengan mendapat perlindungan di bawah MikroSa­yang selama setahun secara percuma,” katanya.

GETB adalah syarikat usaha sama antara I Great Capital Holdings Sdn. Bhd. (i-Great), anak syarikat Great Eastern Holdings Limited dan Koperasi Angkatan Tentera (M) Berhad. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN