BAGI golongan pekerja, persaraan adalah fasa yang akan ditempuh suatu masa nanti. Namun, adakah kita sudah betul-betul bersedia menghadapi persaraan?
Laporan Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) pada 2020 menyatakan bahawa, perancangan persaraan dalam kalangan rakyat Malaysia masih menjadi satu kebimbangan.
Antara lain, laporan tersebut menyatakan, walaupun 70 peratus bersetuju bahawa skim persaraan mandatori sahaja tidak cukup untuk keperluan persaraan, namun ironinya 45 peratus daripada kita masih belum memulakan sebarang perancangan persaraan.
Adalah sangat mustahak untuk kita memahami konsep kecukupan dalam simpanan persaraan bagi mengelak risiko kehidupan yang kurang selesa ketika bersara.
Tanpa pemahaman jelas dan perancangan yang teliti, kita berisiko untuk membelanjakan keseluruhan wang persaraan lebih cepat daripada apa yang kita rancangkan.
Sehubungan itu, Private Pension Administrator Malaysia (PPA) dengan kerjasama Principal Asset Management Berhad mengajak anda menyertai webinar #ISaveinPRS: PRS LIVE Webinar pada 26 November 2021, pukul 10.30 pagi.
Dalam webinar 90 minit itu, PPA bersama tetamu undangan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Principal Asset Management Berhad, Munirah Khairuddin dan CEO Principal Islamic Asset Management Sdn. Bhd., Datuk Paduka Syed Mashafuddin Syed Badarudin akan membincangkan tentang perancangan persaraan dengan Skim Persaraan Swasta (PRS) serta pelaburan patuh syariah dalam PRS.
Munirah yang membawakan topik “#ISaveinPRS: Simpanan Persaraan: Adakah Sekadar Cukup, Mencukupi” akan memberikan pencerahan tentang kepentingan kecukupan simpanan persaraan dalam kalangan kita serta asas-asas perancangan kewangan untuk persaraan.
Manakala Syed Mashafuddin pula akan membicarakan konsep asas dan ciri-ciri pelaburan patuh syariah, serta alternatif pelaburan patuh syariah yang disediakan dalam PRS melalui sesi penerangan bertajuk “#ISaveinPRS: Asas Pelaburan Patuh Syariah”.
Antara lain yang menarik dalam webinar ini ialah cabutan bertuah di mana 20 peserta berpeluang menerima caruman PRS bernilai RM100 (tertakluk terma dan syarat).
Pendaftaran telahpun dibuka dan daftar sekarang supaya anda tidak terlepas peluang menghadiri webinar berkenaan.
Sebarang maklumat lanjut tentang webinar boleh didapati DI SINI. – UTUSAN