Allianz General lancarkan kempen Jom Cuti-Cuti Malaysia sehingga 31 Disember - Utusan Malaysia

Allianz General lancarkan kempen Jom Cuti-Cuti Malaysia sehingga 31 Disember

Horst Habbig
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dari sekarang sehingga 31 Disember 2021, setiap pembelian atau pembaharuan polisi Allianz Travel Care atau Allianz Travel Easy akan melayakkan anda untuk memenangi sebuah pakej percutian domestik selama tiga hari dua malam bernilai RM5,000 untuk dua orang.

Cabutan kempen akan dijalankan pada bulan November dan Disember, dengan lima pemenang akan dipilih pada setiap bulan.

“Kami turut merasakan bagaimana perintah kawalan pergerakan dan sekatan perjalanan telah mengakibatkan kita semua kekal di rumah. Kini dengan pembukaan sempadan negeri, anda boleh menikmati percutian yang diidamkan itu. Apabila anda pergi bercuti, kami mahu anda sentiasa selamat dengan Allianz Travel Care dan Allianz Travel Easy,” kata Horst Habbig, Ketua Pegawai Jualan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General).

“Hidup dalam situasi COVID-19 bermakna kita harus sentiasa bersedia dengan apa jua kemungkinan, jadi manfaat baharu Allianz Travel Care untuk perjalanan domestik kini mempunyai perlindungan deposit atau pembatalan perjalanan dan gangguan perjalanan tanpa premium tambahan yang diperlukan,” tambah Habbig.

Pembelian sebuah pelan polisi Allianz Travel Care atau Allianz Travel Easy tahunan akan melayakkan seorang pelanggan tiga penyertaan untuk setiap individu yang diinsuranskan.

Selain itu, polisi perjalanan tunggal Allianz Travel Care atau Allianz Travel Easy untuk pelan seorang dewasa atau warga emas akan melayakkan seorang pelanggan untuk sebuah penyertaan untuk setiap individu yang  Diinsuranskan, sementara sebuah pelan keluarga perjalanan tunggal melayakkan pelanggan untuk dua penyertaan.

Tambahan pula, Allianz General juga menganjurkan Kempen Dana Allianz TravelCare COVID-19 dari 25 Oktober hingga 31 Disember 2021, dimana pelanggan akan menerima pembayaran sekali gus apabila disahkan positif
COVID-19 dalam Tempoh Sah Perlindungan yang ditetapkan.

Pembayaran untuk Kempen Dana Allianz TravelCare COVID-19 ialah antara RM1,000 setiap keluarga (perjalanan domestik), RM5,000 setiap keluarga (perjalanan Asia atau Asia dan domestik), atau RM10,000 setiap keluarga (perjalanan seluruh dunia atau seluruh dunia dan domestik) untuk sebuah pelan keluarga, bergantung kepada pelan.

Selain itu, pembayaran Kempen Dana Allianz TravelCare COVID-19 untuk pelan dewasa atau warga emas adalah antara RM500 (perjalanan domestik), RM2,500 (perjalanan Asia atau Asia dan domestik), atau RM5,000  perjalanan seluruh dunia atau seluruh dunia dan domestik), bergantung kepada pelan.

Untuk menyertai kempen ganjaran Jom Cuti-Cuti Malaysia, layari getquote.allianz.com.my/travel-care/get-info atau hubungi ejen Allianz General.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN