AFYAA, Pantai Premier Pathology jalin kerjasama - Utusan Malaysia

AFYAA, Pantai Premier Pathology jalin kerjasama

DR. Sheikh Muszaphar Shukor (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Ketua Pegawai Operasi Premier Pantai Pathology, Adam Hatshey Bronson selepas majlis menandatangani MOU antara kedua-dua pihak, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: AFYAA Sdn. Bhd. bakal menjadi syarikat makanan berfungsi yang pertama untuk memperoleh data rasmi yang membuktikan fungsi dan keberkesanan produk sulungnya iaitu AFYAA Hayyiba menerusi ujian makmal yang akan dilaksanakan bersama Pantai Premier Pathology Sdn. Bhd.

Jalinan kerjasama ini direalisasikan menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) sebagai simbolik bagi memulakan inisiatif dan usaha tersebut.

Pengasas AFYAA, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor berkata, sebagai syarikat makanan berfungsi, AFYAA bukan sahaja menitikberatkan kepentingan halal dalam usaha menjaga kebajikan para pengguna, malah turut mengutamakan keberkesanan dan keoptimuman produk demi manfaat kesihatan setiap individu.

“Saya melihat kerjasama dengan Pantai Premier Pathology ini sebagai langkah kanan kerana pihak mereka dibekalkan dengan kepakaran dan pengalaman secara hands-on yang profesional dalam kajian saintifik dan dirancang dengan baik, malah kami positif kerjasama ini akan membuahkan hasil yang terbukti berkesan di samping mengandungi data saintifik dalam menyokong kajian tersebut.

“Ia sekali gus dapat mengesahkan keseluruhan fungsi produk. Semua hasil yang diperoleh juga dapat digunakan sebagai maklumat kukuh untuk menguatkan lagi kepercayaan terhadap produk AFYAA,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Selain memperoleh maklumat dan data sains bagi produk AFYAA Hayyiba, antara manfaat yang dapat dinikmati bagi mana-mana individu termasuklah pesakit yang hadir akan diberikan harga istimewa dengan kos yang berpatutan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.

Di samping itu, Pantai Premier Pathology merupakan makmal perubatan rasmi AFYAA yang akan menjadi rujukan bagi setiap perkhidmatan perubatan makmal.

Sheikh Muszaphar memaklumkan, menerusi kerjasama tersebut, setiap hasil dan data ujian makmal yang diperoleh akan menjadi aset terbaik dan dapat didokumentasikan dalam bentuk laporan mudah bagi kefahaman para pembaca.

“Ia juga dapat digunakan sebagai maklumat untuk dilaporkan dalam pelbagai platform utama media massa seperti akhbar tempatan, media sosial, majalah dan lain-lain lagi.

“Saya harap sinergi bersama Pantai Premier Pathology dapat membuka banyak minda rakyat Malaysia tentang kepentingan menjaga kesihatan di samping peka akan kesihatan sendiri terlebih dahulu.

“Melalui kerjasama ini, saya ingin menyeru anda semua untuk jadikan pemeriksaan kesihatan dan rutin pemakanan berkhasiat sebagai satu corak kehidupan moden,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN