Zurich Malaysia sumbang lebihan dana takaful kepada PBSMM - Utusan Malaysia

Zurich Malaysia sumbang lebihan dana takaful kepada PBSMM

MAJLILS penyerahan sumbangan Zurich Malaysia kepada PBSMM, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Zurich Malaysia telah menyerahkan sumbangan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) untuk menyokong kempen vaksinasi Covid-19 dan membantu mengurangkan penderitaan melalui program sara hidup bagi golongan rentan.

Sumbangan itu adalah lebihan dana takaful amnya bagi penggunaan inisiatif vaksinasi bergerak PBSMM merangkumi penyediaan kenderaan, ambulans, peralatan perubatan dan tenaga kerja.

Menurut Zurich Malaysia, sumbangan itu merangkumi kos doktor, sukarelawan, bekalan perubatan dan kemudahan.

“Inisiatif ini bertujuan untuk memberi vaksinasi kepada pesakit, orang kurang upaya dan migran asing, bagi meningkatkan perlindungan terhadap Covid-19 terutama dalam kalangan masyarakat yang berisiko,” katanya dalam kenyataan.

Program vaksinasi bergerak PBSMM adalah sebahagian daripada inisiatif klinik bergerak di bawah Program Imunisasi Covid-19 Nasional (PICK), yang membawa vaksin Covid-19 kepada kumpulan rentan dan luar bandar di seluruh negara.

Pengerusi Nasional PBSMM, Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah berkata, inisitaif klinik bergerak itu selaras dengan tujuan PBSMM untuk memberikan bantuan kepada kumpulan yang berisiko dan rentan.

“Memastikan golongan rentan dilindungi dengen sekucupnya daripada virus adalah hak kemanusiaan. Program ini memenuhi objektif PBSMM untuk memastikan tiada sesiapa pun yang tertinggal dalam usaha kita,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Zurich General Takaful, Nazrul Hisham Abdul Hamid berkata, mengambil kira keadaan semasa dan memahami keperluan mendesak masyarakat, Zurich memutuskan untuk menyumbang kepada inisitaif PBSMM bagi pihak pelanggannya melalui sumbangan daripada lebihan dana takaful am.

“Kami berharap ia dapat membantu meningkatkan perlindungan kepada lebih ramai orang di Malaysia. Sumbangan ini adalah salah satu cara untuk melaksanakan komitmen kami terhadap kesejahteraan rakyat Malaysia dalam masa yang baik serta mencabar, dan mewujudkan masa depan yang lebih cerah bersama,” katanya.

Sumbangan Zurich Malaysia turut meliputi bantuan segera melalui pemberian wang tunai kepada 200 keluarga, dan bantuan makanan kepada 600 keluarga yang kehilangan pendapatan akibat wabak Covid-19.

Secara keseluruhannya, lebih 4,000 individu kurang bernasib baik akan mendapat manfaat daripada program ini, jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN