PETALING JAYA: U Mobile melancarkan kempen terbaharu RM0 Phones for Everyone yang memberi peluang kepada pelanggan baharu dan sedia ada memiliki telefon pintar baharu percuma dengan pelan pascabayar Giler Unlimited GX68.
Menurut U Mobile, telefon pintar percuma dengan pelan GX68 adalah Samsung A02 berharga RM399.
Jelasnya, sejajar dengan nama kempen itu, semua pelanggan boleh menikmati promo terbaharu kerana ia merupakan satu-satunya pelan pascabayar dalam pasaran yang tidak memerlukan bayaran pendahuluan.
“Manfaat lain termasuklah tidak memerlukan kelulusan dan tempok kontrak 12 bulan yang lebih pendek berbanding tempoh kontrak biasa 24 bulan.
“Di bawah kempen ini, jika pelanggan GX68 ingin memiliki telefon pintar dengan spesifikasi yang lebih canggih daripada Samsung A02, mereka juga mempunyai pilihan untuk membeli Samsung A03s dan OPPO A16 dengan harga hanya RM199, dan menikmati penjimatan besar sehingga 69 peratus,” katanya dalam kenyataan.
Ketua Pemasaran U Mobile, Jasmine Lee berkata, pihaknya percaya kempen terbaharu itu menjadikan GX68 pakej bundel telefon pintar pascabayar terbaik.
Ini kerana, selain data dan panggilan berkelajuan tinggi tanpa had, pelanggan juga akan mendapat Samsung A02 secara percuma.
“Tawaran terbaharu ini juga dapat diakses oleh semua kerana tiada bayaran pendahuluan, satu-satunya di pasaran, dan tiada kriteria kelayakan diperlukan.
“Ia juga tepat pada masanya dengan rangkaian 3G Malaysia yang bakal melahbuhkan tirainya pada akhir tahun ini kerana ini memberi peluang kepada pelanggan kami untuk menaik taraf ke telefon yang serasi dengan 4G dan VoLTE tanpa kos, membolehkan mereka menebarkan potensi tanpa had mereka melalui fasa peralihan secara mudah,” katanya.
Menurut U Mobile, kempen itu bermula hari ini dan pelanggan boleh menaftar di kedai U Mobile yang mengambil bahagian di seluruh negara atau dalam talian di www.u.com.my/store. – UTUSAN










