Takaful Ikhlas lancar kempen ‘Nak Emas?’ - Utusan Malaysia

Takaful Ikhlas lancar kempen ‘Nak Emas?’

EDDY Azly Abidin pada majlis pelancaran kempen ‘Nak Emas?’ Takaful Ikhlas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Takaful Ikhlas General Berhad (Takaful Ikhlas), anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad, melancarkan kempen ‘Nak Emas?’ dengan menawarkan hadiah emas untuk peserta individu yang menyertai produk takaful am terpilih.

Peserta berpeluang memenangi emas apabila mereka menyertai pelan perlindungan takaful am daripada Takaful IKHLAS iaitu perlindungan takaful motor, takaful perlindungan kediaman, takaful kemalangan peribadi dan takaful kembara.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas, Eddy Azly Abidin berkata, kempen yang bermula dari 1 September hingga 31 Disember 2021 itu menawarkan hadiah emas 10 gram untuk 12 pemenang tempat pertama, 5 gram emas untuk 20 pemenang tempat kedua dan satu gram emas untuk 300 pemenang tempat ketiga.

“Hadiah yang ditawarkan itu merupakan akaun emas dan para pemenang akan dipilih melalui cabutan rezeki emas secara bulanan.

“Di Takaful Ikhlas, kami bukan sahaja menekankan nilai murni membantu peserta di saat mereka ditimpa musibah, malah inisiatif ini juga dilaksanakan bagi membantu peserta untuk melabur dan menyimpan emas bagi keperluan masa depan.

“Kami berharap orang ramai akan merebut peluang tersebut, kerana lebih banyak penyertaan, lebih besar peluang untuk mereka memenangi hadiah emas yang ditawarkan,” katanya dalam kenyataan.

Kempen ‘Nak Emas?’ adalah sebahagian daripada usaha Takaful Ikhlas untuk menggalakkan lebih ramai masyarakat mengambil perlindungan patuh syariah untuk melindungi diri mereka, harta benda dan keluarga tersayang.

Kempen terbabit turut menawarkan manfaat percuma kepada peserta iaitu IKHLAS Waqf & Endowment (IWE) berjumlah RM1,000 atas nama peserta yang akan disalurkan kepada institusi diiktiraf yang dipilih oleh Takaful Ikhlas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN