BANGI: Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperkukuhkan peranannya dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) menerusi peruntukan sebanyak RM43 juta bagi program TNB Reskilling Malaysia yang diperkenalkan akhir tahun lalu. Program itu diperkenalkan bagi membantu usaha kerajaan mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja teknikal. Pengerusi TNB, Datuk Seri Hasan Arifin berkata, peruntukan itu menjadikan sejumlah RM186 juta diperuntukan oleh TNB dalam inisiatif mengurangkan kadar pengangguran negara berikutan peruntukan RM143 juta oleh TNB sejak…










