Ringgit, pasaran ekuiti naik - Utusan Malaysia

Ringgit, pasaran ekuiti naik

Ringgit kini didagangkan lebih rendah berbanding dolar pada kadar 4.42. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENGALURU: Ringgit Malaysia menokok ke paras tertinggi dalam tempoh hampir sebulan, sementara pasaran ekuiti meningkat lebih 0.5 peratus selepas kerajaan negara itu  membenarkan perjalanan rentas negeri dan antarabangsa.

Ringgit meningkat 0.2 peratus kepada 4.167 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), paras tertinggi sejak 17 September lalu. Sementara itu, pasaran ekuiti naik sebanyak 0.7 peratus, kenaikan dalam lima sesi berturut-turut.

Kelmarin, kerajaan Malaysia mengumumkan penarikan balik sekatan perjalanan antara negeri dan antarabangsa untuk penduduk yang diberi vaksin sepenuhnya mulai semalam,
ketika negara itu mencapai sasaran vaksinasi 90 peratus populasi dewasa.

Sementara itu, kebanyakan mata wang Asia lain turut meningkat, dengan dolar Singapura naik 0.2 peratus, paras tertinggi dalam tempoh dua minggu, manakala ekuiti mencecah paras tertinggi dalam tempoh dua bulan selepas negara itu membuka sempadan kepada lebih banyak negara untuk perjalanan bebas kuarantin.

Baht Thailand meningkat sekitar 0.3 peratus sementara stok naik 0.4 peratus, paras tertinggi dalam tempoh lebih empat minggu. Rupiah Indonesia turut naik tinggi.

Dalam pasaran ekuiti serantau, saham Filipina melonjak 2.7 peratus, lonjakan harian terbesar sejak pertengahan Ogos. Bagaimanapun, peso merosot sebanyak 0.3 peratus.

Pasaran di Korea Selatan dan Taiwan ditutup kerana cuti umum.

Sementara itu, pelabur dilaporkan akan melihat data pertumbuhan ekonomi suku ketiga Singapura dijangka akhir minggu ini, dengan penganalisis di OCBC Bank menjangkakan pertumbuhan sederhana berbanding suku kedua dan 14.7 peratus tahun ke tahun.

“Pihak berkuasa kewangan Singapura kemungkinan akan mengekalkan dasar monetari semasa, tetapi mungkin memberi bayangan ia perlu distruktur semula tahun hadapan,” katanya penganalisis OCB dalam satu catatan.

Sementara itu, angka gaji AS yang lemah minggu lalu tidak banyak mengubah jangkaan pasaran untuk mengurangkan pembelian bon oleh Rizab Persekutuan AS, sekali gus memberi tekanan kepada pasaran Asia yang sensitif ketika dolar AS mengukuh dan hasil Perbendaharaan melonjak.

Indeks dolar, penanda aras dolar AS terhadap enam mata wang utama dunia lain, naik lebih tinggi kepada 94.139. Hasil bagi penanda aras 10 tahun AS mencecah para tertinggi dalam
tempoh beberapa bulan, berdasarkan jangkaan rancangan pengurangan perbelanjaan oleh Rizab Persekutuan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN