Pengeluaran getah asli Ogos turun 11.7 peratus - Utusan Malaysia

Pengeluaran getah asli Ogos turun 11.7 peratus

SARUNG tangan merupakan eksport utama produk getah negara. -UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengeluaran getah asli pada Ogos lalu turun 11.7 peratus kepada 42,942 tan metrik daripada 48.610 tan metrik bulan sebelumnya.

Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, pengeluaran tahunan turut turun 3.6 peratus daripada 44.543 tan metrik bulan sama tahun sebelumnya.

Beliau berkata, pengeluaran getahn asli negara pada Ogos disumbangkan terutamanya oleh sektor pekebun kecil sebanyak 90.9 peratus berbanding sektor estet sebanyak 9.1 peratus.

Katanya, jumlah stok getah asli meningkat 2.3 peatus kepada 287.380 tan metrik daripada 280,844 tan metrik pada bulan rujukan berbanding Julai 2021.

Tambahnya, kilang pemroses getah menyumbang stok akhir sebanyak 91.5 peratus diikuti kilang pengguna getah sebanyak 8.4 peratus dan estet (0.1 peratus).

“Eksport getah asli Malaysia berjumlah 59,172 tan metrik pada Ogos 2021 meningkat 21.6 peratus daripada 48,645 tan metrik bukan sebelumnya.

“China terus mendominasi sebagai pengimport tertinggi getah asli iaitu 43.7 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport pada Ogos 2021, diikuti Amerika Syarikat (9.0 peratus), Perancis (8.4 peratus), Turki (3.1 peratus) dan Brazil (2.4 peratus),” katanya dalam kenyataan.

Mohd. Uzir berkata, prestasi eksport produk getah negara disumbangkan oleh produk berasaskan getah asli seperti sarung tangan getah, tayar, tiub, benang getah dan kondom.

“Produk sarung tangan getah merupakan eksport utama dengan nilai sebanyak RM3.8 bilion turun sebanyak 1.4 peratus berbanding RM3.9 bilion pada Julai 2021,” katanya.

Tambah beliau, prestasi pertumbuhan pengeluaran getah asli Malaysia dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini 2021 mencatatkan penurunan 4.0 peratus kepada 313,180 tan metrik berbanding tempoh yang sama 2020 sebanyak 326,194 tan metrik.

Katanya, jumlah eksport pula mencatatkan peningkatan ketara iaitu 22.7 peratus berbanding pada tempoh sama tahun -20.9 peratus.

“Peningkatan ketara ini sejajar dengan prospek ekonomi yang lebih baik berikutan pemulihan dalam perdagangan global dan rangkaian bekalan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN