Kempen myTNB Giveaway - Utusan Malaysia

Kempen myTNB Giveaway

KEMPEN myTNB Giveaway menawarkan baucar shopee untuk dimenangi pelanggan bertuah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah melancarkan kempen myTNB Giveaway yang berlangsung dari 16 September sehingga 31 Oktober 2021.

Kempen tersebut memberi peluang kepada pelanggan TNB untuk menjadi antara 500 pemenang baucar Shopee bernilai RM100 setiap satu. Kempen itu terbuka kepada setiap pelanggan yang menghubungkan akaun elektrik kediaman mereka dengan aplikasi atau portal myTNB.

MEGAT JALALUDDIN MEGAT HASSAN

Ketua Pegawai Retail TNB, Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan berkata, aplikasi myTNB telah berkembang pesat sejak diperkenalkan pada 2013.

“Sokongan dan maklum balas daripada pelanggan telah mendorong TNB untuk meningkatkan perkhidmatan agar menjadi lebih baik.

“Usaha itu telah menyumbang kepada peningkatan pengguna myTNB daripada 1.4 juta sebelum pandemik kepada 5.3 juta setakat ini.

“Justeru, kami akan terus berusaha untuk memudahkan urusan pelanggan menerusi inovasi berdasarkan keperluan setiap pelanggan dan kemajuan teknologi dalam memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berkembang,” katanya dalam kenyataan.

Bagi yang berminat, terdapat dua langkah mudah untuk menyertai kempen itu.

Pertama, pelanggan perlu melakukan mana-mana transaksi seperti pembayaran penuh bil elektrik, permohonan baharu untuk penyambungan elektrik, menaik taraf bekalan elektrik kepada tiga fasa atau melakukan permohonan pertukaran penyewa di aplikasi atau portal myTNB sepanjang tempoh kempen.

Kedua, peserta perlu menyiarkan satu catatan di akaun media sosial mereka, menyatakan mengapa myTNB menjadi pilihan mereka dengan melengkapkan ayat, “#ilovemyTNB kerana….” tidak lebih daripada 15 patah.

Bagi tujuan semakan, hantaran media sosial tersebut perlu ditetapkan agar dapat dilihat umum. Seramai 500 pemenang akan dipilih daripada mereka yang memenuhi kriteria ditetapkan dan melakukan hantaran umum di akaun media sosial mereka.

Pemenang bagi kumpulan pertama telah dihubungi pada awal bulan Oktober 2021 menerusi emel yang telah didaftarkan.

Kumpulan pemenang yang berikutnya akan diumumkan pada setiap dua minggu dengan kumpulan yang terakhir diumumkan pada minggu pertama November 2021. Senarai pemenang boleh didapati di portal myTNB pada November 2021.

Pelanggan yang masih belum memuat turun aplikasi myTNB digalakkan untuk melakukannya dari Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery. Pelanggan juga boleh mendaftar sebagai pengguna myTNB menerusi www.mytnb.com.my. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN