JAKARTA: Indonesia menjangkakan peningkatan eksport dan pemulihan dalam penggunaan isi rumah akan menghasilkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 4.5 peratus pada suku ketiga 2021. Ekonomi terbesar di Asia Tenggara itu berkembang 7.07 peratus pada suku kedua, tetapi gelombang baharu Covid-19 pada Julai yang dicetuskan oleh penyebaran varian Delta dan langkah untuk mengawal wabak itu telah menjejaskan pemulihan ekonominya. Data suku ketiga dijangka dikeluarkan pada 5 November. Merujuk kepada unjuran baharu suku ketiga…










