Harga minyak naik ke paras tertinggi - Utusan Malaysia

Harga minyak naik ke paras tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Selepas mengalami kejatuhan kelmarin, harga mi­nyak mentah meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh hampir tiga tahun semalam, selepas Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+) memutuskan untuk mengekalkan dasar pengelua­ran sedia ada.

Keputusan itu mendorong minyak mentah Brent melonjak 40 sen atau 0.5 peratus kepada AS$81.66 (RM341.22) setong, selepas naik 2.5 peratus kelmarin.

Minyak penanda rasa Amerika Syarikat, West Texas Intermediate (WTI) pula naik 30 sen atau 0.4 pe­ratus ke­pada AS$77.92 (RM325.55), susulan ke­naikan 2.3 peratus pada sesi terdahulu.

Semalam, OPEC dan sekutunya, Rusia bersetuju me­ngekalkan dasar membabitkan pengaluaran minyak mentah yang akan ditambah secara beransur-ansur, mengetepikan permintaan AS dan India supaya bekalan ditambah, mengambil kira pemulihan ekonomi global daripada pandemik Covid-19.

Harga minyak mentah telah meningkat lebih 50 peratus pada tahun ini. Kenaikan itu mencetuskan kebimbangan peningkatan inflasi dalam kalangan negara pengguna, kerana ia boleh menjejaskan proses pemulihan mereka.

“Walaupun ada tekanan untuk meningkatkan output, OPEC+ bimbang gelombang ke­empat jang­kitan Co­vid-19 global boleh menjejaskan pemulihan permintaan,” kata sumber kepada Reuters.

Timbalan Perdana Menteri Rusia, Alexander Novak berkata, selepas perbincangan itu beliau yakin pasaran kini adalah seimbang.

“Kami menjangkakan pemulihan secara berperingkat dalam permintaan dan penawaran, mula memberi kesan kepada harga minyak bermula suku keempat,” kata penganalisis ekonomi di Capital Econo­mics. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN