PETALING JAYA: CORE Precious Development Sdn. Bhd. (CORE Precious) mengumumkan, pembangunan hartanah pegangan bebas mewahnya, CORE Residence @ TRX telah mencapai kadar langganan 70 peratus untuk Tower 1 dan 2.
Malah, kata syarikat itu, pihaknya menyasarkan untuk melancarkan Tower 3 dengan rakan pengurusan hotel antarabangsa tidak lagi lagi.
Jelasnya, walaupun terdapat kesan pandemik yang berlanjutan dan beberapa sekatan di seluruh negaa, namun jumlah besar jualan diraih dalam tempoh beberapa bulan terakhir berkat usaha pemasaran digital yang agresif.
Katanya, unit kediaman itu dilanggan terutamanya oleh pelanggan dari lebih 20 negara dan wilayah di Asia.
“Menurut testimoni pelanggan, kelebihan daya saing projek yang unik susulan lokasinya yang berpusat, harga yang berpatutan dengan negara lain serta jaminan peningkatan harga pada masa hadapan, adaah beberapa sebab mengapa ia menjadi pilihan utama dalam kalangan ekspatriat,” katanya dalam kenyataan.
Pengarah CCCGC Oversieas Real Estate Pte. Ltd., Zhang Bao berkata, masih ada permintaan yang tinggi untuk hartanah kediaman mewak di Kuala Lumpur, kerana harga per kaki persegi yang sangat berpatutan, aksesibiliti mantap dengan perkhidmatan penganggutan bersepadu dan kualiti hidup yang tinggi.
“(Itu) menjadikannya destinasi ekspatriat atau persaraan bagi pembeli Asia di luar negara. Kami yakin dapat mencapai kadar langganan 100 peratus untuk CORE Residence @ TRX sebelum tarikh siap dijangka 2023,” katanya.
CORE Residence @ TRX adalah hartanah mewah yang dibangunkan di tanah seluas 1.65 ekar di daerah wewangan antarabangsa Kuala Lumpur. Ia mempunyai tiga blok kediaman berservis, dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1.4 bilion.
CORE Precious adalah syarikat usaha sama antara China Communications Construction Group (CCCG), syarikat dalam senarai Fortune Global 500, dengan WCT Holdings Berhad, syarikat peneraju kejuruteraan, pembinaan dan pemaju hartanah Malaysia. – UTUSAN










