PETALING JAYA: Pelaksanaan inisiatif pengecualian cukai dalam Belanjawan 2022 dapat membantu merancakkan kembali ekonomi negara selepas terkesan dengan pandemik Covid-19. Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Kewangan Islam Global (Inceif), Prof. Madya Dr. Baharom Abdul Hamid berkata, langkah tersebut amat baik kerana dapat memberikan pulang kepada semua pemegang taruh. Kata beliau, pengecualian cukai boleh meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat yang akan dibelanjakan semula ke dalam ekonomi seterusnya mempercepat proses pemulihan ekonomi…










