PETALING JAYA: Minggu Saham Digital (MSD) 2021 anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB) bertemakan #LaburBersama me nawarkan hadiah bernilai lebih RM500,000. MSD bermula 17 hingga 23 November depan.
Antara hadiah yang menarik perhatian adalah kereta Hyundai Kona tajaan Sime Darby Berhad bagi pemenang peraduan utama, Jom… Kira Duit; Toyota Yaris tajaan UMW Holdings Berhad, Perodua Ativa tajaan Pe rodua dan motosikal Honda Dash 125 tajaan MIDF.
Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, pihaknya yakin program tersebut bakal mencatat jumlah tontonan lebih tinggi selepas kejayaan MSD tahun lalu dengan lebih dua juta tontonan.
Ujarnya, program hibur didik itu bertujuan meningkatkan celik kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia, memperkenalkan amanah saham dan kepentingan melabur terutama dalam PNB serta perancangan kewangan yang lebih baik.
“Fokus PNB adalah mencipta nilai dan menghasilkan pulangan lestari jangka panjang untuk pemegang unit. Usaha ini seiring dengan komitmen kami meningkatkan standard literasi kewangan dan memperkasakan rakyat Malaysia membuat keputusan kewangan yang lebih baik demi masa depan mereka.
“Selaras objektif Minggu Saham Amanah Malaysia, MSD kekal sebagai platform literasi kewangan bersepadu PNB untuk mencapai matlamat ini,” katanya dalam sidang akhbar Majlis Pra Pelancaran MSD 2021 secara maya, semalam.
MSD 2020 berjaya mendapat sambutan menggalakkan dengan mencapai 7.5 juta capaian unik di laman Facebook rasminya dan meraih 2.2 juta tontonan terkumpul di laman rasmi MSD iaitu Facebook, YouTube dan laman web dengan 11.5 juta tayangan.
PNB turut mengumumkan rakan strategik MSD 2021 terdiri daripada tiga kategori iaitu Rakan Premier, Rakan Utama dan Rakan.

Turut hadir secara maya di majlis tersebut adalah wakilwakil para penaja iaitu Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank; Datuk Abdul Farid Alias; Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Plantation Berhad, Mohamad Helmy Othman Basha dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Datuk Ahmad Fuaad Kenali, dalam kategori Rakan Premier.
Mewakili Rakan Utama adalah Pengarah Urusan Kumpulan Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF), Datuk Charon Wardini Mokhzani; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua), Datuk Zainal Abidin Ahmad; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif S P Setia Berhad, Datuk Choong Kai Wai; Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Sime Darby Berhad, Mustamir Mohamad dan Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property Berhad, Datuk Azmir Merican.
Bagi kategori Rakan, diwakili Pengarah Urusan Kumpulan Duopharma Biotech Berhad, Leonard Ari Abdul Shatar; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MNRB Holdings Berhad, Zaharudin Daud; dan Ke tua Pegawai Eksekutif Kumpulan Projek Lintasan Kota Sdn. Bhd. (PROLINTAS), Datuk Mohammad Azlan Abdullah. – UTUSAN










