Kempen Roofing Our Communities NS BlueScope - Utusan Malaysia

Kempen Roofing Our Communities NS BlueScope

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bantu pulih bangunan komuniti, kediaman individu terkesan

PERLINDUNGAN terbaik di semua premis termasuk kediaman bukan sekadar untuk mereka yang berkemampuan, sebaliknya ia adalah untuk semua.

Salah satu aspek terpenting dalam struktur pembinaan sudah semestinya bumbung dan ia disifatkan sebagai satu keperluan penting terutama ketika tibanya musim hujan.

Sehubungan itu, syarikat NS BlueScope Malaysia yang merupakan pengeluar produk, sistem dan teknologi bumbung keluli inovatif kini melancarkan kempen Roofing Our Communities di seluruh negara.

Kempen yang diadakan setiap tahun ini akan bermula Oktober sehingga Disember 2021 dilancarkan khusus bagi membantu pihak yang memerlukan bantuan terutama membabitkan bahan dan kepakaran bumbung di premis terpilih.

Presiden NS BlueScope Malaysia, Koh Boon Hong berkata, dalam kempen kali ini, pihaknya akan mengenal pasti rumah dan bangunan masyarakat yang memerlukan bumbung baharu terutama pada musim hujan.

Apa yang penting katanya, objektif utama kempen ini untuk membaiki kediaman komuniti dan insan yang kurang bernasib baik semasa penularan wabak Covid-19 dan pihaknya sebelum ini telah pun memulakan usaha yang sama menggantikan bumbung bangunan dan kediaman tetapi dalam skala yang lebih kecil.

Naib Presiden dan Pemasaran NS BlueScope Malaysia, Ken berkata: “Kami percaya bahawa mempunyai tempat perlindungan yang betul lebih daripada sekadar memasang bumbung di atas kepala anda.

“Teknologi yang kami laburkan ke bumbung keluli kami seperti pengurangan haba solar dan teknologi `boleh bersih sendiri’, membantu meningkatkan keselesaan hidup dan penggunaan yang tahan lama, dan ini untuk dimanfaatkan oleh semua orang.

“NS BlueScope Malaysia sentiasa memulakan langkah inisiatif sama sebelum ini untuk golongan yang memerlukan, tetapi disebabkan menerima permintaan yang tinggi, kami mengambil peluang untuk memberi bantuan kepada komuniti.

“Asasnya kita boleh memilih untuk melakukan tindakan yang betul dan terbaik. Memiliki tempat tinggal sesuai terutama ketika musim hujan adalah perkara asas dan hakiki namun masih ada golongan kurang bernasib baik untuk memenuhi keperluan ini.Justeru dengan inisiatif NS BlueScope Malaysia yang bertindak sebagai penghubung, kami berjanji untuk terus menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat kita,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Kempen ini melibatkan pelbagai jenis kediaman seperti rumah kampung; rumah anak yatim; bangunan komuniti (dewan, klinik dan pusat rukun tetangga).

Tambah Koh, pihaknya akan bekerjasama dengan rakan perniagaan bagi memastikan inisiatif itu berjaya, sekali gus dapat menggalakkan penglibatan keseluruhan rangkaian dalam perniagaan berkenaan.

“Kami dalam masa yang sama mahu membina jalinan kukuh dengan masyarakat sekaligus menambah baik kehidupan komuniti di tempat kami beroperasi.
“Di samping itu, kempen ini juga dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pemilik rumah terutamanya mengenai jenis bumbung yang sesuai digunakan ketika musim hujan,” jelasnya.

NS BlueScope Malaysia merupakan syarikat pengeluar komponen untuk pelbagai bangunan ini berkembang maju serta beroperasi di pelbagai negara antaranya di Amerika Utara, Australia, New Zealand, kepulauan Pasifik dan seluruh Asia.

Bagi yang berminat, mereka boleh menghantar permohonan dengan mencalonkan rumah atau bangunan yang memerlukan pengubahsuaian termasuk rumah sendiri.

Setiap permohonan perlu disertakan dengan maklumat lengkap seperti nama, alamat rumah, nombor telefon untuk dihubungi dan gambar rumah kepada e-mel [email protected] atau whatsApp ke 010-4316163.

NS BlueScope Malaysia akan membuat penilaian dan memaklumkan sekiranya rumah atau kediaman anda terpilih.

Maklumat lebih lanjut boleh didapati di www.nsbluescope.com/my/my-roc atau ikuti FB: NS BlueScope Malaysia.

Antara rakan kongsi dalam NS BlueScope Malaysia termasuklah NS BlueScope Lysaght Malaysia, Swissma Building Technologies, United Seasons, DMI Building Product, Asia Roofing Industries, Le Nam Megasheet, Kextra Malaysia Thung Hing Metal Industry dan United G.I Products.

Media rasmi: ACG Media – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya