PLUS terima dua pengiktirafan peringkat ASEAN - Utusan Malaysia

PLUS terima dua pengiktirafan peringkat ASEAN

PERSADA PLUS berjaya mengekalkan status Naib Johan untuk dua tahun berturut-turut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) berjaya menempa nama sebagai antara peneraju industri utama dalam kecekapan tenaga apabila ibu pejabatnya, Persada PLUS berjaya mengekalkan status Naib Johan untuk dua tahun berturut-turut dalam Kategori Bangunan Yang Diubahsuai bagi Anugerah Bangunan Cekap Tenaga.

Menerusi Anugerah Amalan Terbaik Kecekapan Tenaga dan Pemuliharaan Asean 2021 anjuran Pusat Tenaga Asean (ACE) itu, PLUS juga muncul sebagai pemenang Anugerah Tenaga Kebangsaan 2020 bagi kategori Pengurusan Tenaga Bangunan Besar serta Naib Juara Anugerah Tenaga ASEAN (AEA).

Pengiktirafan tersebut sekali gus menjadikan PLUS sebagai syarikat konsesi lebuh raya pertama menerima penghormatan berganda tahun ini, hasil kesan langsung pelan strategik lima tahun PLUS Green Roadmap yang menekankan kepentingan pendekatan yang paling inovatif dalam usaha pemeliharaan alam sekitar.

Anugerah itu mencerminkan dedikasi berterusan syarikat untuk memperkasakan budaya Penjagaan Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus Korporat (ESG) dalam amalan perniagaannya, sekali gus membantunya memenangi Anugerah Tenaga Negara 2021 anjuran Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KETSA) yang melayakkan PLUS mewakili negara ke anugerah serantau tersebut.

ZAKARIA AHMAD ZABIDI

Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, pengiktirafan berganda itu adalah bukti kukuh semangat PLUS mempertingkatkan inisiatif Hijau PLUS.

“Ini juga bukti komitmen warga kami dalam memperkasakan pembangunan mampan dan memberikan nilai tambah kepada pihak berkepentingan kami.

“Anugerah demi anugerah ini adalah hasil usaha yang sangat luar biasa dari seluruh warga PLUS dan didedikasikan kepada mereka”, katanya dalam kenyataan.

Anugerah Tenaga ASEAN merupakan pengiktirafan tertinggi di Asia Tenggara bagi kecemerlangan dalam bidang pengurusan tenaga.

Kategori pertama adalah dalam bidang kecekapan tenaga dan pemuliharaan (EE&C) dalam bangunan memandangkan penggunaan tenaga paling intensif merupakan salah satu kesan pembangunan bandar yang pesat.

Pertandingan itu dilancarkan pada 2000 dan mula merangkumi penyertaan Kategori Bangunan Hijau pada 2014.

Majlis penganugerahan telah berlangsung secara maya pada 16 September lalu sempena Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Ke-39 mengenai Mesyuarat Tenaga (AMEM) dan Forum  Perniagaan Tenaga ASEAN (AEBF) 2021. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN