Peruntukan pembangunan ditingkat, pacu pembangunan negara - Utusan Malaysia

Peruntukan pembangunan ditingkat, pacu pembangunan negara

BELANJAWAN 2022 adalah memulih dan membina semula daya ketahanan negara bagi menangani krisis pada masa depan.- UTUSAN/MOHD FARIZWAN HASBULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Peruntukan perbelanjaan pembangunan (DE) bagi Belanjawan 2022 akan diperting katkan demi memacu aktiviti pemulihan sosioekonomi dan agenda pembangunan negara.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia selaras dengan peruntukan DE bagi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang dianggarkan berjumlah RM400 bilion yang mana merupakan peningkatan ketara berbanding RM248.5 bilion bagi RMK11.

Menurut beliau, pihaknya akan menyelaraskan bidangbidang keutamaan Belanjawan 2022 dengan fokus utama RMK12, di samping tumpuan Belanjawan 2022 adalah kepada pemulihan, pembinaan semula daya tahan negara dan pemangkin pembaharuan.

“Antara fokus Belanjawan 2022 adalah memulih dan membina semula daya ketahanan negara bagi menangani krisis pada masa depan antara lainnya dengan memperkukuhkan sistem kesihatan awam.

“Sehubungan itu, Belanjawan 2022 akan menyokong strategi RMK12 untuk meningkatkan kesiapsiagaan hospital negara serta kapasiti ICU, termasuk melalui usahasama dengan penyedia kesihatan swasta,” katanya dalam kenyataan, semalam.

TENGKU Zafrul Tengku Abdul Aziz membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat tahun lalu. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON

Tengku Zafrul berkata, fokus lain ialah membina daya tahan negara melalui konsep keterangkuman, terutamanya dari segi mengurangkan jurang pendapatan dalam kalangan  masyarakat dan jurang pembangunan terutamanya antara negeri.

Katanya, Kementerian Kewangan juga akan memangkin pembaharuan selaras dengan dasar dan strategi yang diutarakan dalam RMK12, sehubungan itu Belanjawan 2022 memberi tumpuan kepada agenda pendigitalan termasuk pelaksanaan 5G, program JENDELA serta meningkatkan pengamalan digital terutamanya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

“Fokus RMK12 kepada pembangunan lestari juga akan disambut dalam Belanjawan 2022 ke arah mencapai net sifar pelepasan karbon, contohnya melalui dasar menggalakkan kenderaan elektrik (EV).

“Seterusnya, dengan pelancaran Dasar Revolusi Perindustrian Keempat Negara (4IR), pendigitalan dan penggunaan teknologi menjadi keutamaan untuk meningkatkan prospek dan daya tahan ekonomi jangka panjang Malaysia, selaras dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia.

“Dasar ini juga seiring dengan pembaharuan struktur yang sedang dilaksanakan kerajaan dalam jangka masa sederhana termasuk melalui pelaksanaan kerangka kerja Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA), dan inisiatif transformasi syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) di bawah program PERKUKUH Pelaburan Rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul menjelaskan, bagi memastikan ruang  skal mencukupi untuk membiayai kesemua program pembangunan di bawah RMK12, kerajaan kekal komited  terhadap langkah konsolidasi  skal berpandukan Rangka Fiskal Jangka Sederhana dan disokong Strategi Hasil Jangka Sederhana untuk meluaskan asas cukai serta meningkatkan kemampuan keberhutangan kerajaan.

Dalam jangka masa pendek, katanya, terdapat keperluan untuk meningkatkan had statutori hutang bagi menyediakan ruang  skal tambahan dalam menyokong pembukaan  sektor-sektor ekonomi dan memastikan pemulihan mampan.

Beliau berkata, walaupun ini akan meningkatkan sasaran defisit Malaysia yang dianggarkan meningkat kepada 6.5 peratus hingga 7.0 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) pada tahun ini, namun kerajaan tetap komited untuk langkah konsolidasi  skal dalam jangka masa sederhana.

“Selain itu, cadangan penggubalan Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA) juga akan membantu meningkatkan tadbir urus, ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan  skal negara,” katanya.

Beliau berkata, keutamaan semasa kerajaan adalah melindungi nyawa daripada ancaman Covid-19, dan memastikan prospek pertumbuhan ekonomi negara kekal kukuh dalam jangka masa sederhana dan panjang.

Katanya, keutamaan ini bukan sahaja dilaksanakan selari dengan teras-teras RMK12 dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, tetapi juga berteraskan prinsip pengurusan kewangan berhemah bagi mendepani situasi Covid-19 yang mencabar serta meminimumkan kesan berpanjangan ke atas ekonomi akibat krisis ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN