Peguam hampir putus asa, rancang tutup perniagaan - Utusan Malaysia

Peguam hampir putus asa, rancang tutup perniagaan

TITAN Summit 2021 anjuran RichWorks himpun 100 usahawan jutawan berkongsi kisah dan tindakan betul yang dilakukan mereka dalam perniagaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Perniagaan tidak selalunya indah, semestinya ada liku-liku turun naik tidak kira besar atau kecil akan menempuh pelbagai cabaran.

Menurut Pengasas dan Pengarah Urusan Eskayvie Sdn. Bhd., Kartika Wati Mohamed, beliau menubuhkan syarikat produk makanan kesihatan bersama suaminya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri pada 2009.

Katanya, Eskayvie mula mendapat perhatian daripada orang ramai kerana tertarik dengan produknya yang memberikan manfaat kepada pengguna terutama produk kesihatan untuk penyakit kencing manis.

“Bermulalah Eskayvie dikenali ramai hingga dapat mencapai jualan mencecah RM60 juta setahun dari 2009 hingga 2013.

“Kemudian Eskayvie diuji pelbagai cabaran, saya hampir putus asa dan merancang untuk menutup perniagaan ini, namun semuanya berubah selepas sertai program anjuran RichWorks bersama Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman,” katanya ketika sesi Titan Summit 2021 yang diadakan secara maya, baru-baru ini.

Kartika Wati merupakan seorang peguam dan memiliki beberapa firma guaman yang berjaya tetapi ia tidak menjadi halangan untuk beliau mengejar minatnya memulakan perniagaan produk kesihatan ketika itu.

Salah satu produk terlaris Eskayvie ialah Phytax yang merupakan suplemen kesihatan untuk penyakit tiga serangkai telah menjadi produk pilihan lebih 300,000 pengguna di Malaysia.

Tambah Kartika Wati, pada mulanya beliau keberatan hendak menyertai program itu disebabkan ego dan rasa mustahil dapat kembali bangkit.

“Hasil ilmu dan bimbingan yang diperoleh, Eskayvie mampu bertahan malah terus berkembang meskipun ketika krisis pandemik ini.

“Malah, atas bimbingan Datuk Wira, Eskayvie menaikkan lebih kurang 130 billboard di seluruh negara yang memberikan pulangan pelaburan yang baik,” jelasnya.

Menurutnya, siapa sangka ketika pergerakan yang terhad dan ramai orang duduk di rumah, penggunaan billboard masih mampu menarik orang ramai.

“Visi Eskayvie kini bagi memperkasakan kesihatan dan ekonomi ummah menyasarkan untuk membantu lebih 20,000 wakil pengedar di seluruh Malaysia menjelang Disember 2021.

“Kami mahu pastikan mereka mencapai matlamat kewangan yang lebih baik sekali gus keluar daripada kemelut krisis ekonomi ini,” ujarnya.

Bagi bangsa usahawan yang juga mahukan perubahan dalam perniagaan, boleh layari laman web richworks.com atau hubungi RichWorks di talian 019 – 244 2244. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya