PETALING JAYA: Kerajaan perlu mengambil kira peruntukan untuk golongan miskin baharu yang berlegar di atas garis kemiskinan dalam pembentangan Bajet 2022 nanti. Felo Akademi Sains Malaysia, Datuk Dr. Madeline Berma berkata, langkah itu bagi memastikan tiada golongan yang tercicir sedangkan mereka sepatutnya mendapat bantuan tahun hadapan. Ujarnya, statistik negara kebanyakannya menggunakan data statik yang mengambil masa untuk dikumpul sekali gus dikhuatiri golongan yang menuju kemiskinan tidak termasuk dalam Bajet 2022.…